اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, March 27, 2014

Objek DiPercayai Dari Sebuah Pesawat Hanyut Di Pantai Maldives !






Di atas saya prinskrin tajuk artikel terbaru di portal HaveeruOnline( ingat lagi berita penduduk Maldives yang mendakwa melihat kelibat sebuah jumbo jet berwarna putih dengan garisan merah yang terbang rendah dan mengeluarkan bunyi bising minggu lepas ? )

MH370 -Satelit Thailand kesan 300 objek, satelit Malaysia kesan apa?


 


Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Bukan saja warga China, Penganalisa Penerbangan dan Anak Kapten Zaharie pun tak percaya kenyataan Najib

 



Meskipun kesimpulan mengenai penerbangan MH370 telah dibuat dan ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun banyak pihak yang enggan mempercayainya.

Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Saya Sangka TUDM Pemalas - Adakah Saya Salah Wahai Menteri Dan TUDM?

 

Sebelum berita neh tersebar meluas kat media2 antarabangsa baik la kita bertanya sendiri kepada TUDM dan menteri kita.


Kata mereka ;
Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Media Luar Kritik Permaisuri Malaysia, Isteri Yang Dipertuan Agong.

 

Atas isu MH370.

Kali neh sasaran mereka isteri kepada agong sekarang Tuanku Abdul Halim sultan of Kedah. Nak tahu apa yang depa kritik?

Lihat ;


Menurut Dailymail ;

1. Disaat rakyat berduka cita di atas insiden MH370, permaisuri agong boleh pula melepak main golf.

ANAK MAHATHIR SEBAK MENGENANGKAN CARA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) LAYAN KASSIM AHMAD.

 



Marina Mahathir hari ini melahirkan rasa tidak puas hatinya berikutan penahanan dan pertuduhan terhadap pencetus Anti Hadis, Kassim Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, hari ini.

Hina & Aibnya AS Di Mata Taliban. Allah Maha Berkuasa!

 


WAJARLAH Amerika Syarikat (AS) dihina dan diejek. Perang terpanjang AS, Perang Afghanistan, memasuki Tahun ke -12. Perang terpanjang AS, Perang Afghanistan, memasuki tahun ke-12 pada Minggu. Peringatan ditandai pernyataan Taliban mengisytiharkan pasukan Pakta Pertahanan Atlantik Utara (NATO) lari dari Afghanistan dengan hina dan aib.

Seru Mayat, Azan Dipinggir Laut, Raja Bomoh Kebal. JAIPK Dipersoal?

 


 

Pemuda PAS Perak kecewa terhadap aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang menurut mereka masih berleluasa dengan perbuatan “khurafat dan syirik”, terbaru di negeri itu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, perbuatan itu masih diamalkan walaupun mufti Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria sendiri sudah memintanya bertaubat.

BONGKAR !!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370??

 



Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: 

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)

Menteri Ni Meroyan Tak Tentu Pasal Akibat MH370..

 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyalahkan media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.

Presiden PAS Sekolahkan Najib Dalam Isu MH370

 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.


Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.

Gambar Dan Berita Ini Amat Memalukan Rakyat Malaysia.. Saksikanlah

 


Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.“Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi China. 

2 Jet Belanda memintas kapal kargo tatkala ruang udaranya diceroboh siang tadi

 


Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

 Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini. "(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.

Saat - saat cemas ketika Kassim Ahmad yang degil tidak mahu ditangkap

 

Saat - saat cemas ketika Kassim Ahmad yang degil tidak mahu ditangkap

“Semua pejabat agama yang ada tak boleh pakai. Saya ajar Islam yang sebenar dan bagi saya jawab sendiri dengan ALLAH. Waran tangkap semua ni mengarut sahaja. Pergi balik!"

Itulah antara kata-kata dikeluarkan oleh sasterawan dan pemikir Dr Kassim Ahmad ketika pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menahan beliau di rumahnya di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, sebaik diarahkan untuk melaksanakan waran tangkap ke atas Kassim, pihaknya ke kediaman sasterawan itu kira-kira
jam 12 tengah hari, namun tiada sesiapa di rumah ketika itu.
{baca lagi klik butang papar ... }

“Hanya kira-kira jam 2 petang, Kassim pulang bersama seorang rakan menaiki kereta. Apabila pegawai penguatkuasa agama memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan mereka ke situ, Kassim enggan memberi kerjasama sebaliknya menyuruh mereka balik.

"Keadaan menjadi semakin tegang apabila beliau mula bertindak agresif dan tidak mahu dirinya dipegang atau masuk ke dalam van PADK," katanya.

Azmi kemudiannya memaklumkan kepada Kassim bahawa PADK hanya melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Walaupun waran tangkap ditunjukkan, Kassim masih enggan mengikut arahan.

Menurut Azmi, untuk mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, PADK telah memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Kulim Hi–Tech untuk meminta
bantuan.

"Dengan bantuan polis, Kassim akhirnya dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum dua pegawai PADK mengiringi beliau ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam," katanya.

Penahanan ke atas Kassim dibuat selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Pen Buruk Online. “Semua pejabat agama yang ada tak boleh pakai. Saya ajar Islam yang sebenar dan bagi saya jawab sendiri dengan ALLAH. Waran tangkap semua ni mengarut sahaja. Pergi balik!"

MH370: TUDM jamin maklumat yang dirahsiakan tidak beri kesan pada SAR

 

Post Pic


BEIJING: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi jaminan kepada keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang bahawa maklumat dari satelit British yang dirahsiakan tidak memberi kesan kepada operasi mencari dan menyelamat.

Al-Fatihah!! Jenazah Pelawak Terkenal, Datuk Ali Mamak Akan Dikebumikan Sebelum Zohor.. Takziah Buat Keluarga

 


SHAH ALAM - Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

VIDEO - Sentimen Anti Malaysia memuncak di China, Artis diusir , Barangan akan diboikot.. salah siapa?

 



Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.

Gempar Nuklear!: Belanda pintas PENERBANGAN MH370 semasa dalam penerbangan merempuh persidangan kemuncak nuklear

 

 
Posted 24 Mac Dikemaskini 25 Mac : Plot Pesawat keganasan gagal. Syabas kepada Belanda, dan sekarang ada cakap-cakap tentang bagaimana mudahnya "mogok diplomatik" Israel akan diselesaikan. Apa yang 180! Lebih seperti 360 ke alam semesta yang berbeza. 

 UPDATE: Pesawat itu terbang dari Miami tanpa diumumkan dan tanpa pengenalan atau beacon dan dipintas di udara oleh Tentera Udara Belanda sebelum sampai ke persidangan kemuncak nuklear. 

Hakikatnya ia berasal di Amerika Syarikat dan terbang di ruang udara wilayah Amerika Syarikat untuk sekurang-kurangnya 300 batu yang tidak dikenali tanpa dipintas adalah lebih memberatkan. 

Hakikat itu juga masuk ke ruang udara Eropah memberatkan juga, barisan pertama pertahanan meluluskannya. Saya hanya mempunyai satu komen - logik perlu diguna pakai dalam hal ini, kita tidak akan mendapatkan kebenaran daripada MSM dengan apa-apa dan bukti yang kita lihat Sandy Hook, terbang ke pusat perdagangan dunia dan menonton Bat Man.