- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah
penularan wabak "Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata tidak perlu bagi sesiapa untuk menukar rancangan perjalanan kerana MERS.
Bagaimanapun, pelawat yang hendak ke negara-negara di atau dekat Timur Tengah hendaklah mematuhi langkah berjaga-jaga.
"Mereka hendaklah kerap mencuci tangan dan mengelak daripada orang yang sakit dan menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin.





















