اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 4, 2014

Nora Danish Dikecam Seolah Bersekedudukan Dengan Nedim

 

 

LAMAN sosial, Instagram (IG) aktres cantik ini melebihi sejuta pengikut, malah dia juga tersenarai antara artis paling berpengaruh di laman berkenaan.

Sepanjang  Ramadan ini, Nora Danish tampil berkongsi beberapa aktivitinya bersama peminat di laman itu.

Awie Mengaku Belasah Isteri Sehingga Parah?

 


AMPANG : Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.

JAIS Buat Onar Lagi..

 

Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Denda RM150 Jika Sedekah Pengemis ??

 

Apabila mati seorang anak adam,maka terputuslah amalanya melainkan 3 perkara..
Sedekah jariah..
Ilmu yang di menafaat
Anak salih yang mendoakannya..

Teguran Ustaz Kazim Kepada Artis yang Bertudung ??


  Written By canang

 
 
Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Punca Sebenar Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik!

 



21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik! : Sebelum ini Berita Semasa pernah laporkan secara terperinci (DI SINI) mengenai kemungkinan kadar tarif elektrik naik tidak lama lagi. Terbaru….

Bila-bila masa daripada sekarang, Kerajaan Malaysia bakal mengumumkan “sesuatu” untuk anda rakyat Malaysia pada bulan ini bagi penyusunan semula tarif elektrik di Malaysia seiring dengan mekanisme fuel cost pass-through (FCPT) yang ditetapkan setiap 6 bulan sekali. Samada :

Selepas dikritik, Putrajaya setuju Lebuhraya Kidex disemak semula OLEH SHERIDAN MAHAVERA

 

Photo: Selepas dikritik, Putrajaya setuju Lebuhraya Kidex disemak semula

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Published: 4 July 2014

Kempen bantahan penduduk terhadap Lebuhraya Kidex mendapat perhatian apabila Putrajaya bersetuju mengkaji semula pembinaan lebuh raya itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Kempen bantahan penduduk terhadap Lebuhraya Kidex mendapat perhatian apabila Putrajaya bersetuju mengkaji semula pembinaan lebuh raya itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Selepas kritikan meluas daripada penduduk Petaling Jaya terhadap kontroversi Lebuhraya Kinrara – Damansara (Kidex), Putrajaya akhirnya bersetuju menyemak semula projek bernilai RM2.42 bilion itu.

Perkara ini didedahkan oleh persatuan penduduk anti – Kidex yang berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof malam tadi di mana mereka memberi taklimat kepada kementerian dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenai kelemahan projek itu.

Ahli jawatankuasa Say-No-To-Kidex kemudiannya diberitahu agar membuat kesimpulan dan menyerahkan bantahan mereka dalam bentuk bertulis bagi membolehkan kementerian menyemak semula projek itu, kata ahli kumpulan tersebut Mak Khuin Weng.

Perkembangan ini boleh dilihat sebagai kemenangan kecil kumpulan berkenaan yang mendakwa mewakili penduduk terjejas akibat pembinaan lebuh raya tersebut dalam percubaan menghentikan projek itu.

Fadhilah juga mengarahkan pemaju projek Kidex Sdn Bhd menyerahkan dokumen dan laporan relevan kepada kumpulan itu bagi membolehkan mereka melengkapkan pembentangan teknikal.

“Kerajaan pusat memberikan ruang untuk kita didengari dan kita akan menggunakannya,” kata Mak kepada pemberita selepas bertemu dengan sekumpulan ahli Parlimen PKR di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi.

Mak berkata, Fadhillah melihat laporan teknikal bantahan kumpulan itu sebagai proses konsultasi yang perlu dipenuhi jika projek tersebut diteruskan.

“Menteri memanggil kita untuk mesyuarat selepas melihat kempen kita mendapat publisiti meluas.

“Kami berterima kasih kepadanya kerana memberikan peluang untuk mendengar penjelasan kami,” katanya dan menambah kumpulan itu akan turut membentangkan laporan teknikal kepada kementerian.

Dalam laporan berita pada 6 Jun Fadillah berkata, projek tersebut hanya akan diteruskan jika memenuhi syarat ditetapkan Putrajaya.

"Antara syarat yang perlu dipenuhi syarikat itu adalah menunjukkan ia mempunyai keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya dan perlu mendapatkan maklum balas orang ramai dengan mengadakan kaji selidik pendapat awam mengenai cadangan lebuh raya itu," Fadillah dilaporkan berkata.

Kidex mesti memenuhi syarat itu sebelum November tahun ini.

Pemaju mendakwa lebuh raya ini bertujuan mengurangkan kesesakan di Petaling Jaya dengan menawarkan laluan alternatif kepada pengguna dari Kinrara di bahagian selatan Lembah Klang ke Bandar Utama di utara.

Tetapi penduduk Petaling Jaya menentang pembinaan lebuh raya itu kerana mereka mendakwa ia akan memburukkan lagi jalan yang sudah sesak, risiko keselamatan kanak-kanak sekolah dan mencemarkan kawasan kejiranan.

Jika diluluskan, lebuh raya bertingkat Kidex akan melalui kawasan kejiranan di Petaling Jaya yang berusia 60 tahun lalu.

Jalan yang dicadangkan akan memotong lebih 3,700 bidang tanah, termasuk rumah, kilang, kedai, pusat beli-belah dan sekolah.

Kidex adalah antara enam lebuh raya bertol baru yang sedang dicadangkan di Lembah Klang dan Selangor, sebahagian daripada rangkaian bersepadu.

Setakat ini, empat daripada projek ini – SUKE (Sungei Besi-Hulu Klang Expressway), DASH (Damansara-Shah Alam Elevated Expressway), EKVE (East Klang Valley Expressway) dan yang terbaru Kidex mendapat bantahan penduduk di Cheras, Kota Damansara, Ampang dan Petaling Jaya.

Selain mengkritik Putrajaya, penduduk marah dengan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana membenarkan projek ini diteruskan.

Mereka menuduh kerajaan PR tidak menunaikan janji untuk berbincang dengan penduduk sebelum memulakan projek mega seperti itu dan lebuh raya itu bercanggah dengan manifesto PR untuk memansuhkan jalan bertol.

Sebelum ini kerajaan Selangor  merkata,ereka tidak mempunyai pilihan selain meluluskan projek berkenaan secara prinsipnya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak boleh menolak hanya kerana ia projek kerajaan pusat dan akan mengkaji sama ada ia untuk kebaikan orang ramai.

Bagaimanapun, Mak berkata, Putrajaya hanya memberikan kelulusan kepada projek itu selepas pemaju mendapat kelulusan daripada Selangor pada 2012.

Apabila ditemui selepas mesyuarat itu Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang berkata, PKR bersetuju dengan kebimbangan kumpulan itu.

“Jika ia tidak memberikan manfaat, kami akan menentangnya. Tetapi kami tidak pasti sama ada bantahan kami cukup untuk menghentikan projek itu,” katanya. – 4 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com


Published: 4 July 2014

Kempen bantahan penduduk terhadap Lebuhraya Kidex mendapat perhatian apabila Putrajaya bersetuju mengkaji semula pembinaan lebuh raya itu.  Kempen bantahan penduduk terhadap Lebuhraya Kidex mendapat perhatian apabila Putrajaya bersetuju mengkaji semula pembinaan lebuh raya itu.  
 
Selepas kritikan meluas daripada penduduk Petaling Jaya terhadap kontroversi Lebuhraya Kinrara – Damansara (Kidex), Putrajaya akhirnya bersetuju menyemak semula projek bernilai RM2.42 bilion itu.

Pondok militan: Dewan Ulama PAS sangkal Mashitah


SITI UMI KALSOM


KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan  Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim apabila mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan.

Menurut Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Nik Zawawi Salleh, apabila menyebut pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan ia melahirkan kumpulan-kumpulan militan, ia sekali gus memberi memberi gambaran buruk terhadap institusi pondok.

"Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

"Kita rasakan ini adalah satu tuduhan yang sangat besar kepada masyarakat pondok dan pelajar-pelajar pondok," katanya kepada Harakahdaily.

Sedekah bukan jenayah, Hanipa bidas Ku Nan


MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta agar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor mempelajari undang-undang terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai undang-undang.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali ia dibuktikan bersalah dan pelaksanaan denda serta-merta itu jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang yang sedia ada.

"Kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada pemberi sedekah ia amat bertentang dengan prinsip undang-undang sekarang.

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana


HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.
"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Guru Pasti selamatkan pelajar daripada diculik


KHAIRIL ABDUL RAHIM



TEMERLOH: Serentak dengan ketangkasan seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) menyelamatkan seorang pelajarnya daripada menjadi mangsa culik kelmarin, Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh (DPPKT) melahirkan rasa syukur di atas komitmen para guru di dalam mendidik, mengasuh dan menjaga keselamatan para pelajar.

Ketuanya, Ustaz Zaharim Ishak dalam kenyataan medianya menyebut, Pasti merupakan salah satu aktiviti pendidikan dan kebajikan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia sememangnya mengutamakan aspek keselamatan di Pasti.