اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, February 28, 2015

Bayar lebih harga minyak esok? Salahkan 1MDB


 

Sirul persulit komplot pembunuhan Altantuya


Oleh Subky Latif

PEMIKIRAN polis dilihat tak sekata tentang perkembangan baru berhubung dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu berikutan Sirul Azhar Umar, seorang daripada dua yang dijatuhi hukum bunuh membunuhnya melepaskan diri ke Australia.
    
Sirul yang lari itu dikatakan mahu memberi cerita tambahan atas kes itu. Dipercayai boleh melengkapkan rahsia pembunuhan. Semua menyangka kisah pembunuhan itu belum terdedah sepenuhnya sekalipun mahkamah lama membicarakan kes itu.

Berita buruk buat 1MDB



Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sarat dengan hutang, menyempitkan lagi pilihan pembiayaan bagi pelabur strategik itu untuk membayar balik hutang pada masanya.
Difahamkan, majoriti menteri semasa mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.

Gara-gara kritik 1MDB, Ahli UMNO kena pecat


Ahli Umno yang dikritik hebat kerana membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun lalu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dipecat daripada jawatannya sebagai naib pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin mengakui beliau dipecat susulan diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada Mei tahun lepas, yang menyebabkan beliau tidak layak memegang sebarang jawatan dalam parti.

1MDB: Rafizi cabar Najib saman dia..


Saya terkejut membaca laporan media bahawa Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengugut untuk mengambil tindakan saman; kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

Bukan sahaja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini; saya lebih terkejut kerana Datuk Seri Najib Razak belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.

"TAHNIAH PENEROKA AKAN JADI JUTAWAN ???..."