اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, July 3, 2014

Skuad Algeria Akan Dermakan Semua Wang Piala Dunia Kepada Palestin

 

 


Jordan: Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.

Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta.

“Saya sudah ambil keputusan untuk tidak jawab surat itu selepas berfikir panjang"

 Yammy Samat Tidak Akan Jawab Surat Tunjuk Sebab Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


 

PETALING JAYA:Yammy Samat mengambil keputusan untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau berkata, ia adalah keputusan muktamad yang dibuat, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Dyana.

Fatwa murtad: Jamil Khir jangan kelirukan rakyat


MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam berhubung tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan kenyataan aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.

Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan perlu pertimbangan semua pihak.

Penyamar polis culik Atiqah




SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Seorang gadis lepasan STPM yang hilang di Kuala Krai sejak 28 Jun lalu disyaki diculik oleh sekumpulan sendiket yang menyamar sebagai polis.

Abang mangsa Zailani Ibrahim tidak menolak wujudnya sendiket untuk menculik anak gadis dengan cara memukau mereka.

Nurul Atiqah Ibrahim, 19, dilaporkan hilang di hadapan sebuah bank di bandar Kuala Krai.

Mendap: Adakah Kuala Lumpur selamat?


MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan membuat kajian secara menyeluruh struktur tanah di pusat bandar terutamanya di kawasan-kawasan terdapat projek mega bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Beliau merujuk kepada dua mendapan tanah yang berlaku berhampiran lampu isyarat Jalan Imbi-Jalan Pudu jam 9.30 pagi semalam akibat pembinaan terowong.

"Kita ingin tahu adakah Kuala Lumpur ini selamat kita duduki, tengok semalam tiba-tiba berlakunya mendapan di tengah-tengah pusat bandar.

China haramkan puasa di Xinjiang


MUHAMMAD ZAKI HASSAN 


KUALA LUMPUR: Umat Islam di rantau Xinjiang, China yang bekerja sebagai penjawat awam, pelajar dan guru-­guru dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.

Xinjiang merupakan kawasan kebanyakan ummat Islam, penempatan asal kepada minoriti Uighur.

Larangan itu bukan baharu, malah telah dikuatkuasakan sejak bertahun dahulu lagi yang telah menyaksikan kecaman dan bantahan yang membawa maut antara Uighur dan pasukan keselamatan negeri.