اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 22, 2014

Mulut Buih Buat Janji Bodoh!

 

Oiii......ko ingat kat Teluk Intan saja ker Jalur Lebor tak melebor?
Seluruh negaralah ngok!
Kalau Mah menang kat Teluk Intan, hanya Teluk Intan sajakah yang berhak nikmati kepantasan Internet?

Ko tu menteri untuk Teluk Intan atau menteri bagi Rakyat Malaysia?

Bab Jalur Lebar ker, ape ker yang berkaitan dengan kidmat TM ni memang meluat dan sakit hati, tapi apa nak buat mereka dah monopoli, dah tempat kroni bertapak.
Kalau lapor sebarang masalah, tiga hari belum tentu ok. Kalau tak pun tunggulah seminggu atau sepuluh hari!

Undi Mah untuk tambah baik jalur lebar 


Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersedia membantu untuk menambah baik kemudahan jalur lebar di Teluk Intan seperti yang dihasratkan golongan muda di kawasan itu.

UMNO Pendukung Hura Hara?






Negara kita negara koboi atau ada keluhuran dan kedaulatan undang?
Apa kena dengan pemimpin negara ini? Sejak bila dewan undangan negeri boleh diserang oleh orang awam, masuk kedalam dewan dan bikin kacau? Hanya kerana apa? Kerana perkataan celaka dugunakan? Maruah Melayu jatuh?
Jika penyokong PAS, PKR dan DAP masuk kedalam dewan undangan negeri dan bikin apa yang gerombolan penyokong UMNO lakukan di DUN Pulau Pinang bagaimana? Pasti tindakan tersebut akan mendapat tindakan reaksi yang ganas dan polis akan bertindak segera.

MCA Kata UMNO Barbarik, Memang UMNO Barbarik!




MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.

Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

Jika Semua Cina dan India Balik ke China dan India, Apa Lagi Sebab Aku Nak Sokong UMNO?




Aku cukup suka tengok video orang BN mengamuk tak tentu hala. Memudahkan hidup orang. Senang tak payah berkempen nak tukar Kerajaan.Aku cuba memahami kenapa makhluk-makhluk tersebut boleh wujud tapi kadang-kadang kita terpaksa terima hakikat, ada orang yang memang dah ditakdirkan masa depan dia adalah menjadi "samseng" dan kita tak boleh lawan hakikat itu.

Kerajaan BN boleh canang pasal pelbagai cerita pasal kebaikan diorang tapi aku sure, ramai orang yang tak ikut sangat politik akan nilai keberkesanan pentadbiran kerajaan melalui orang-orang yang jadi penyokong diorang.

MyWatch dakwa anak CPO beli kereta mewah

 

MALAYSIAKINI


 


Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan polis.

Isu ‘Umno celaka’ selesai, wakil BN mohon maaf ahlinya ceroboh dewan - Oleh Looi Sue-Chern


 
Tindakan Ketua Pembangkangkan DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mohon maaf atas tindakan pencerobohan semalam menyelesaikan kekecohan berkaitan isu 'celaka Umno'. Gambar fail.
 Tindakan Ketua Pembangkangkan DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mohon maaf atas tindakan pencerobohan semalam menyelesaikan kekecohan berkaitan isu 'celaka Umno'. Gambar fail.   

MARI TONTON VIDEO INI!!! Polis pun dah tak tahan, sampai bila polis kena bersabar dimaki Samseng UMNO

 


Teluk Intan: Umno lebih tertekan daripada Gerakan


MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


TELUK INTAN: Pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan memberikan tekanan besar kepada Umno.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin raja Ahmad berkata, Dyana akan membuat satu perubahan yang amat ketara kepada mentaliti orang muda khususya golongan wanita.

Dyana katanya telah membuktikan bahawa orang muda berbangsa melayu boleh cemerlang di dalam parti lain selain Umno.

Polis harus tegas tangkap samseng pilihan raya


HARAKAHDAILY



 (Foto daripada blog wargamarhaen)

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 kecewa kerana banyak kesalahan serius yang mengganggu ketenteraman awam dan suasana kempen masih tidak ditangani pihak polis.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan menyatakan gangguan penunggang motorsikal yang dirakamkan oleh Pemantau pada Pilihan Raya Umum ke-13 masih berlaku dan kelihatannya disasarkan kepada calon wanita.

Zunar dedah konspirasi terhadap Anwar dalam buku baru

HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: Sesuai slogan berjuang melalui kartun, Zunar mendedahkan konspirasi penguasa untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib.

Buku berjudul  "Komplot Penjarakan Anwar - Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip", menampilkan 59  kartun baru yang mengkritik keras tingkah laku tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, tukang sumpah, polis dan Peguam Negara.

Pemuda Umno merusuh, ancam bakar ibu pejabat DAP




ROKETKINI | 



KUALA LUMPUR: Lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Pudu di sini kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Mereka juga bertindak biadab dengan mencetuskan provokasi perkauman apabila membawa banner bertulis ‘RSN Rayer anak haram!’ dan ‘Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!’ dan melaungkan ‘hidup Melayu’ dan ‘hancur DAP’.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengancam untuk membakar bangunan DAP.

Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut bertindak melampau apabila menggumpalkan kertas memorandum bantahan dan membalingnya ke arah muka Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming.

Panda: Majlis Fatwa perlu nyata pendirian


HARAKAHDAILY 




KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa berhubung tindakan kerajaan yang berkeras membawa dua ekor beruang panda ke negara ini dengan belanja puluhan juta ringgit sedangkan banyak keperluan golongan daif masih belum dipenuhi.

Presiden Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu membawa dua ekor panda dari negara China dengan berbelanja  jutaan ringgit adalah jelas suatu isu yang sepatutnya mendapat fatwa dari institusi fatwa negara.