Pengorbanan adalah suatu amalan mulia pada sudut pandang Tuhan mahupun insan. Tidak kiralah dari sudut harta, perasaan, atau yang paling tinggi nyawa. Manuskrip sejarah kejayaan coretan orang terdahulu adalah dengan manifestasi pengorbanan dalam kehidupan insan. Namun, apakah erti pengorbanan yang sebenar yang perlu kita fahami? Bagaimanapula contoh pengorbanan umat yang terdahulu dalam membangunkan agama-Nya?KEHIDUPAN adalah suatu PERJUANGAN.Dan yang pastinya utk berjuang mestilah memerlukan PENGORBANAN.Bila bercakap mengenai pengorbanan,banyak lagi perkara yg kita boleh dihuraikan.Pengorbanan dari segi harta,tenaga,masa dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. sendiri pada masa mudanya mengorbankan masa keremajaanya demi untuk berdikari tanpa menyusahkan bapa saudaranya dengan mengembala kambing dan membawa barang dagangan Saidatina Khadijah untuk diniagakan. Lihat pula anak remaja, Saidina Ali terlibat dalam perjuangan dan pengorbanan terhadap menegakkan risalah kebenaran. Beliau sanggup menjadi galang ganti di tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu Nabi memulakan misi hijrah bersama Abu Bakr.
Dalam medan peperangan Usamah
Bin Zaid pemuda yang tiada tandingan. Dengan kecekapan dalam pimpinan dan ketajaman strategi peperangan beliau diangkat menjadi panglima perang meski dalam usia muda belumpun cukup 20-an. Teliti pula zaman terkemudian, kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin bala tentera yang ramai hingga berjaya menerobos tembok kota Constantinople dalam pada usia yang juga muda. Pastinya, perkara yang sama bagi kejayaan tokoh-tokoh ini adalah pengorbanan jiwa mereka untuk bersedia bagi membina peribadi yang boleh menjadi satu nilai contoh pada manusia seterusnya.
Justeru, menghidupkan jiwa pengorbanan dalam diri adalah suatu tuntutan kerana manusia dicipta bukan untuk berseronok dan berehat semata-mata tetapi melakukan ibadah yang mencakupi ruang lingkup yang mendalam maksudnya. Realiti hidup mewah, selesa dan cukup dengan apa yang ada merupakan satu bentuk jajahan minda yang boleh menjadikan remaja alpa dengan sensitiviti keadaan,batasan pergaulan dan hiburan serta gaya hidup.
Remaja boleh memilih untuk terus unggul dalam cita-cita dan perjuangan hidup. Dan remaja juga boleh memilih untuk terus dibelenggu dengan jiwa santai, tiada perancangan hidup, kerdil cita-cita dan tandus dengan jiwa perjuangan. Pilihan ini sebenarnya penting kerana ia menentukan corak
hidup remaja, bangsa dan umatnya.Tahap keremajaan adalah putaran hidup yang amat sukar lagi mencabar kerana gejolak jiwa remaja bagai api yang membakar kayu menjadi bara. Dalam situasi ini remaja amat ideal dengan sesuatu perkara, ingin meniru sesuatu perbuatan yang mana dalam fikirannya baik yang boleh menonjolkan dirinya, rasa ingin mencuba yang tinggi dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, memiliki jiwa perwira yang hebat malah kadang-kadang diselangi perasaan ‘memberontak’ yang membuak-buak.
Sekiranya elemen asasi ini berada dalam olahan yang negatif ia bakal merosakkan potensi remaja. Sebaliknya jika elemen ini diadun dengan nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan yang positif, ia bakal membimbing remaja menjadi tenaga dewasa yang mempunyai potensi besar untuk maju
dan berjaya.Kepentingan jiwa pengorbanan perlu ada hubungkait dengan bagaimana remaja memusnahkan kehidupannya dalam usia umur yang awal kerana kesan jangka panjangnya ialah kehancuran bangsa dan negaranya sendiri bahkan lebih teruk melibatkan agama. Jiwa pengorbanan harus dapat mengajak remaja berfikir betapa dominannya generasi muda yang berkredebiliti, memiliki daya juang yang tinggi, pentingkan ilmu pengetahuan, tidak mudah terhanyut dengan arus hidup yang membinasakan,serta berupaya membezakan baik-buruk dan halal-haram.
Hari ini perjuangan kita sebagai anak muda adalah untuk melihat tanahair tercinta ini bebas dari kemelut rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin menular ke setiap urat nadi pemerintahan Negara. Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan ketirisan yang menjelekkan. Dari pembelian binocular sehinggalah kepada skandal Lembu NFC, telah mendatangkan bencana yang merugikan keadaan kewangan Negara yang masih lagi terbelit dengan defisit.
kemunafikan Pemerintah hari ini yang berlakon seolah-olah bersimpati dengan rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama menutup mata terhadap keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1996 yang membenarkan perhubungan ekonomi dengan Rejim Zionis Israel. Lantas, ia menjadikan kita umat Islam Malaysia turut mempunyai “saham” menghalalkan tindakan rejim Zionis menyembelih nyawa saudara Palestin.Perjuangan ini bukan hanya sekadar ungkapan retorika semata-mata, tetapi harus disertai dengan tindakan afirmatif. Apakah jiwa dan iman umat Islam Malaysia hari ini terlalu lemah atau sudah mati sehingga tidak merasa apa-apa, walaupun Negara hari ini berada dalam keadaan yang penuh dengan fasad? Anak muda harus berani untuk mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun belum pernah mengambil tindakan sedemikian sebelum ini. Keinginan untuk berubah perlu lahir daripada kesedaran naluri hati kita. Kita tidak boleh menunggu sehingga mendapat arahan, baru ingin bertindak. Fasad pada pemikiran ummah tidak boleh lagi dibenarkan berleluasa.
Semoga segala usaha perjuangan kita diberkati Allah.
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah Aj-Hajj ayat 37)
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Akhir sekali, sudah menjadi sunnah orang berjuang...."Berjuang ertinya TERKORBAN".....ada 2 benda yang saya nak tekankan...Perjuangan memang tak dapat dipisahkan dengan Pengorbanan. Sama ada kita BERKORBAN atau TERKORBAN. Oleh itu kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal...
Dalam pada kita nak bina empayar perniagaan kita, tidak boleh lari dari 2 benda nie...masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya....kita kena sanggup untuk korbankan. Tapi kena ingat, bukan untuk tempoh masa yang lama, cukup untuk seketika sebelum kita berada di puncak kejayaan.
Jadi, kesimpulannya, saya nak tekankan, Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN......"Ada ramai yang ingin berjaya dan mengejar impian, tapi, amat kurang yang ingin berjuang untuk mencapai apa yang diimpikan, dan terlalu sedikit jumlah yang sanggup berkorban atau terkorban demi mengejar impian mereka "
Apapun,kita hanya mampu merancang & Allah jugalah yg berhak menentukan segalanya.Mungkin ini adalah ujian daripada Allah utk melihat sejauh mana hambaNya ini bersabar dengan ketentuanNya.Dan aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Pesanan buat diri ini:Teruskan perjuangan & jangan pernah berputus asa.
HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN
Posted by Hokage Kazakage Ranger Puteh..editor Nur shuana