اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 26, 2014

SPRM Berjaya Perdayakan Nepal Dengan Bangga - Tahniah Dari Rakyat Malaysia!

 


Kah kah kah

Kah Kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah kah kah

Lawak gila babi betul! Bangga gila canang kat rakyat Malaysia yang SPRM bantu Nepal untuk selesaikan masalah rasuah kat negara depa. Padahal di negara sendiri pun failed. Ada ahti lagi tu nak dabik dada bangga2 yang punya la depa di iktirafkan di persada antarabangsa itu yang sampai dipanggil untuk membantu negara orang. SPRM sendiri terbabit dalam 2 skandal yang memalukan kerana dua individu yang disoal-siasat oleh kakitangan SPRM iaitu mendiang Teo Beng Hock dan arwah Ahmad Sarbini di dapati mati dalam premis SPRM.

Bolehkah Obama memberi impak sebenar kepada Malaysia?

 

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Gambaran besar tentang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia lebih kepada kepentingan negara masing-masing, kedua-dua belah dengan perkara yang diharap dapat dibentangkan semasa lawatan. – Gambar Reuters, 26 April, 2014. Gambaran besar tentang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia lebih kepada kepentingan negara masing-masing, kedua-dua belah dengan perkara yang diharap dapat dibentangkan semasa lawatan. – Gambar Reuters. 


Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang hangat diperkatakan minggu ini diharap akan mempersembahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Hukum Hudud - Aku setuju PAS menyahut cabaran pemimpin DAP!

 


Perlaksanaan hukuman Hudud di negeri Kelantan yang sedang kecoh diperkatakan.. apa yang aku nampak PAS akan berhadapan dengan UMNO dan rakan-rakan parti BN adalah musuh penghalang utama, manakala parti PKR dan DAP rakan PAS dalam Pakatan boleh diumpamakan seperti anak-anak remaja Islam yang perlu diberikan kefahaman menyeluruh...

 Akibat dari kekurangan kefahaman mengenai hukuman hudud yang sepatutnya pimpinan PAS perjelaskan dengan terperinci kepada rakan parti dalam Pakatan maka keluar kenyataan sedemikian...

Makhluk Ni Nak Nasihatkan Obama Pulak!!

 

Perkasa ingatkan Obama tidak dengar temberang Anwar


Amerika Syarikat mesti berlaku adil kepada semua pihak dan tidak berat sebelah.
obama ibrahim aliPETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama diingatkan oleh Perkasa supaya tidak mendengar temberang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Obama harus menghormati perasaan majoriti rakyat  dan kedaulatan negara Malaysia.

Gambar fitnah Wan Azizah: Polis digesa bertindak pantas serupa kes Rosmah

 


KUALA LUMPUR 26 APRIL: Polis digesa mengambil tindakan segera berhubung penyebaran gambar dan berita fitnah kononnya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.
Gambar yang tersebar di facebook dengan nama pemilik ‘Blue Wave Army’ itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Anwar main kayu tiga dengan Saifuddin?


Lisa Adam 

Anwar Azmin SaifuddinAdakah Anwar Ibrahim akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada salah seorang calon Timbalan Presiden parti seperti pemilihan-pemilihan yang sebelumnya?

Mungkin persoalan lebih tepat kali ini adalah siapa? Antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim atau Saifuddin Nasution?

Bertahun memegang gelaran orang kesayangan Anwar, ini kali pertama Azmin bertanding bagi mengekalkan jawatan kedua tertinggi parti ini tanpa ‘restu’ dan ‘sokongan’ Ketua Umum PKR.

Anwar tanya Obama, bagaimana dengan kebebasan dan demokrasi

 

Written By canang on Sabtu, 26 April 2014 | 4/26/2014 06:30:00 PTG




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Najib Terkedu Dengan Berita Diluar Jangkaan Ini..

 


Semasa lawatan tiga haribeliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad. 
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan. 
Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan, pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez, dan Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.

Kita memerlukan politik baru sebelum terlambat !!


 

 

DAP meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika masih bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kerana perlaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat yang menggabungkan 3 buah parti termasuk PAS. 
Selain dari DAP banyak parti-parti lain seperti MCA dan beberapa buah parti di Sabah dan Sarawak juga tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud itu.

" Tapak Bazar Ramadhan Meningkat Mendadak RM2,500 Ke RM3,500. Negeri Mana Mari Kita Baca "


Masa nilah kalau kerajaan negeri nak tunjuk hero. Bantulah peniaga-peniaga melayu, dalam masa setahun kenaikan hampir 35%. Mana boleh tahan, belum tentu lagi dengan pendapatan yang akan diperolehi.

Kata menjaga melayukan. Ayuh tunjukkanlah keperihatinan kerajaan negeri dibawah pimpinan Mukhriz Mahathir, aduan dah dibuat sekarang tinggal menunggu tindakan dari pihak kerajaan negeri sahaja.



ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga dilanda kebimbangan apabila tapak bazar Ramadan di hadapan bangunan CIMB, Jalan Tunku Ibrahim dekat sini, didakwa naik mendadak berbanding sebelumnya.

ISU HUDUD : Semua orang tahu Umno dan Najib bermain wayang.

 

Photo: HUDUD: Umno dan Najib bersandiwara dan main wayang lagi ?

Semua orang tahu Umno dan Najib bermain wayang. Jika mantan presiden PAS Ust Fadzil Noor, perkara macam ini dianggap sebagai 'sandiwara Umno'.

Ini adalah gara-gara penerimaan Umno dan kerajaan dalam perlaksanaan hukum Hudud di negara ini, khasnya bagi negeri Kelantan.

Kelantangan dan kepura-puraan Umno dalam hal ini dan menjadikan Islam sebagai barang permainan dalam politik adalah sudah dijangkakan.Terlalu banyak alasan dan helah yang diberikan. Pada kali ini kata Najib dan Umno .

Mereka mahu melihat 'dulu apa cadangan PAS' dan apa isi Hudud PAS yang cuba dibentangkan kepada Umno. Begitulah UMno dan kerajaan Umno serta Najib dalam melayan hukum Allah ini.

Persepsi dan bagi Umno Hukum Hudud ada 2. Satu adalah kehendak AL Quran yang macam Umno sedangkan tangguhkan, satu lagi hukum Hudud adalah hasil rekayasa oleh PAS.

Hukum Hudud ala PAS yang dilihat extream dan amat menakutkan terlalu konsevertif dan ortodok saja lagak dan gayanya yang mana amat mengerikan serta mengerunkan semua pihak dan manusia di bumi Malaysia ini.
Hudud Umno adalah hudud yang simple , liberal dan tidak menakutkan masyarakat bukan Islam. Inilah bentk pemikiran Najib 1Malaysia.

Umno Mahu Tahu Hudud PAS - Najib

KUALA LUMPUR: Umno terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai cadangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu berminat untuk mengetahui dengan terperinci mengenai cadangan perlaksanaan undang-undang Islam itu.

"Kita nak tahu apa cadangan PAS, kita belum tahu apa cadangan sebenar mereka.
"Kalau PAS nak kemuka kepada kita, kita sedia nak tengok," katanya kepada pemberita di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Pada Khamis Najib menegaskan Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

 
 Jika mantan presiden PAS Ust Fadzil Noor, perkara macam ini dianggap sebagai 'sandiwara Umno'.

Ini adalah gara-gara penerimaan Umno dan kerajaan dalam perlaksanaan hukum Hudud di negara ini, khasnya bagi negeri Kelantan.