اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, March 25, 2014

BAN Sadis - Hiba ! Orang Malaysia Tak Boleh Masuk Malaysia. Sayu Tahap #MH370

 


Jap jap nak check.. Ada kes kena tahan bawak dadah tak.. Oh takde.. Ada kes gengsterism tak.. Oh takde.. Ada pernah kena tangkap minum ketum tak.. Oh takde.. Ada pernah kena tahan bawak masuk pendatang asing tak.. Oh takde.. Itu takde, ini takde.. Habis tu kenapa orang malaysia tak boleh masuk malaysia.. Indonesia, bangla selamba jer dapat.. Hoi, ko tak faham ker, siapa tak suka malaysia.. banyak sangat tentang itu ini.. Sila keluar malaysia.. Buat pulau sendiri kat lautan hindi.. Duduk kat situ.. Pahammm...

Perampas MH370 Tidur Lena - Buang Muatan Kargo Ke Laut Hindi Pencarian Dihentikan


Bukti paling haram jadah dalam sejarah menentukan sesebuah kapalterbang mengalami kemalangan jatuh ke laut. Inilah yang dikatakan haram jadah kelas satu. Hanya dengan menemui pelet kayu dengan segera keputusan dibuat bahawa MH370 jatuh menjunam ke dalam laut kerana berlaku masalah dalam kabin.

Kalau kita punya saudara mara ada dalam MH 370 itu , adakah kita akan menerima keputusan ini bulat-bulat?

Bung Mokhtar Saran Sekat Isu #MH370 Di Internet Kekang Kemarahan Keluarga Mangsa.






Niat Bung Mokhtar adalah untuk melindungi rakyat Malaysia. Katanya jika perkara ini tidak dikawal rakyat Malaysia akan menjadi mangsa kemarahan bagi warga China yang angin satu badan dengan Malaysia. Aku tatau la nak kata pendapat dia neh salah ke betul tapi aku rasa kalau orang China yang baca pendapat dia neh sah2 dia kena pelempang maut.

MH370 : Persoalan untuk PM Najib

 

Ramai yang masih sangsi dan ragu-ragu mengenai kenyataan PM Najib malam tadi berhubung MH370 telah mengakhiri penerbangannya di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

 Ini adalah kerana kata mereka, tiada sebarang tanda-tanda penemuan bangkai kapal itu yang dapat disahkan.

 Entri saya sebelum ini, elok sangat jika korang ulang baca dulu. PM Najib cakap berbelit-belit sekadar memberikan 'bayangan' sahaja.Dia tidak berani berterus terang untuk berkata : “Penerbangan MH370 telah di haijek”

 Siasatan polis ke rumah Kapten Zaharie dan ko-pilot Fariq serta merta dilakukan selepas sahaja Najib membuat pengumuman yang hanya membayangkan bahawa pesawat tersebut telah dirampas.

 Polis telah membawa alat simulator Zaharie ke Bukit Aman untuk di periksa dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator milik  Zaharie itu dipercayai telah dipadam ..... Penguman polis mengenai perkara seolah sengaja mahu menggalakan  orangramai bersyak wasangka yang buruk terhadap Zaharie.

Pihak FBI mengesahkan tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai alat simulator tersebut.

  Siasatan intensif polis ke atas kedua-dua suspek utama, Zaharie dan Fariq tidak mempunyai apa-apa latar belakang untuk dituduh sebagai ekstremisme atau masalah psikologi - spekulasi membunuh diri tidak berkemungkinan sama sekali.

 Kalaulah saya seorang wartawan saya akan bertanyakan Najib soalan-soalan berikut yang mudah:

1) Dato' Seri, apakah MH370 itu sebenarnya telah dirampas semasa dalam penerbangannya?   

~ Maafkan saya, saya hanya boleh katakan, pergerakan-pergerakan ini adalah selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang...

2) Dato' Seri hanya menyebut, ‘seseorang di atas kapal terbang’. Bukankah ‘seseorang di atas kapal terbang’ yang Dato' Seri maksudkan itu adalah 'Perampas Kapalterbang'?

~  Err... maafkan saya, saya tidak boleh sebut lebih dari itu .... 
 
 3) Boleh tak dikatakan bahawa kapal terbang itu dirampas samada oleh pembantu juruterbang atau seseorang yang arif tentang penerbangan...Siapakah selain Zaharie yang pakar dalam menerbangkan pesawat MH370?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

4) Apakah  kemungkinan ada pihak ketiga telah memaksa Kapten Zaharie melakukan sesuatu yang diluar jadual penerbangannya?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

5) Dato Seri asyik cakap 'tidak tahu....tidak tahu....' Adakah pihak ketiga itu telah mengugut Dato Seri sebagai.......?

~  Saya tidak tahu....Saya tidak tahu.... Korang jangan banyak tanya yang pelik-pelik! Pengawal! Pengawal! Pengawal!


MH370 dan Al-Minya 529: Dua tragedi duka bawa gembira

Malaysia dirundung kedukaan dengan pengumuman tragedi yang menimpa pesawat MH370. Seramai 239 penumpang dan anak kapal pada adat manusiawinya berpindah ke alam seterusnya menemui PenciptaNya.

Dunia Islam juga dirundung duka dengan tragedi penghakiman Al-Minya: 529, yang menyaksikan mahkamah kerajaan perampas di Mesir menjatuhkan hukuman gantung terhadap pejuang Islam yang sebelum ini diisytiharkan sebagai pengganas oleh pengganas sebenar iaitu As-Sisi.

Teknologi tidak boleh atasi ketentuan Allah – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: “Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya,” kata Mursyidul Am PAS.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang penting setiap keluarga mangsa kena bertenang serta bersabar bila berdepan dengan musibah seperti sekarang.

“Sebutlah Innalillah... untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala.  Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya.

“Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.