اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, July 9, 2014

Wajah Mangsa Serangan Seksual Diplomat Malaysia Tersebar

 


Wanita yang mendakwa seorang pegawai Malaysia melakukan serangan seksual terhadapnya hari ini membuat keputusan mendedahkan dirinya kepada umum bagi membincangkan penyelewengan dalam cara New Zealand menangani kes tersebut dan melayan mangsa seksual.
Tania Billingsley, 21, dengan sukarela 'mengangkat' segala halangan ke atas namanya supaya boleh berkongsi fikirannya dengan media berkenaan aduan terhadap bekas kakitangan pembantu pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail.

Nak pertahan Puteri UMNO tak bayar sewa punca Ketua Pemuda UMNO Perlis ganggu penjawat awam jalankan tugas?

 

 

Ini cerita jarang-jarang kita dengar... berkaitan Ketua Pemuda UMNO yang mana kerajaan negeri itu adalah Barisan Nasional, kena tangkap atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 

Kejadian benar ini berlaku di negeri paling utara, iaitu Perlis Indera Kayangan.

Balai Polis Kg Baru Buntong Dikepung

 


Photo: Rabu, 09 Julai, 2014.

Balai Polis Kg Baru Buntong Dikepung

IPOH: Bertindak atas dasar tidak puas hati diatas kemalangan yang berlaku melibatkan kematian,sekumpulan lelaki bertindak berkumpul dan mengepung sebuah rumah di Flat Kacang Puteh Buntong .

Menurut sumber,bertindak atas Atas laporan yang diterima Polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan kesemua mereka yang mengepung dan berkumpul di Flat berkenaan.Namun situasi sebaliknya berlaku apabila hampir 100 orang mula berkumpul dan mengepung Balai Polis Kampung Baru Buntong, menuntut pihak polis membebaskan mereka yang ditahan.

Sehingga waktu ini situasi panas dihadapan Balai Polis berkenaan belum dapat dipastikan keadaannya.

Sumber - THEFLYINGKICK IPOH: Bertindak atas dasar tidak puas hati diatas kemalangan yang berlaku melibatkan kematian,sekumpulan lelaki bertindak berkumpul dan mengepung sebuah rumah di Flat Kacang Puteh Buntong .

Lantik juga menteri jaga tandas, kata Mahfuz


SALMIYAH HARUN



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik menteri kabinet khas menjaga tandas.

Katanya yang juga mengsyorkan supaya menteri yang menjaga tandas itu di kalangan menteri Umno.

"Cadangkan MP Umno khusus daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga tandas awam,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penstrukturan semula kabinet Najib yang semakin membesar dengan mempunyai seramai 35 orang menteri dan timbalan menteri.

Pertambahan menteri kabinet katanya, tidak sepadan dengan penduduk yang ada di dalam negara ini berbanding di Amerika, Jepun dan China jauh lebih ramai tetapi mempunyai jumlah menteri yang sedikit.

Judi: K'jaan BN hanya lihat haram dari sudut lesen


MUSLIHAH MOHD AMIR 


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyambut baik hasrat kerajaan untuk memerangi aktiviti 'judi haram' seperti yang sedang digerakkan oleh semua agensi penguat kuasa ketika ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf bagaimanapun berkata, pihak kerajaan seharusnya juga menilai semula 'judi halal' yang diluluskan lesen oleh Kementerian Kewangan.

Beliau menegaskan, Islam sama sekali mengharamkan perjudian sama ada berlesen atau pun tidak dan tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi perlu diteliti semula.

“Kerajaan harus menilai semula lesen judi yang berleluasa secara sah di Malaysia apakah perkara itu tidak haram dari sudut Islam?

Kassim: Jabatan Peguam Negara kemuka bantahan


BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Bantahan itu dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Zaleha Yusof dengan dihadiri peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim.