KUALA LUMPUR: PAS mengutuk keras serangan yang
berlaku terhadap dua biarawati di Seremban beberapa hari lalu, yang
menyebabkan salah seorang daripadanya masih tidak sedarkan diri.
Selain
menyifatkan jenayah yang berlaku hari ini sudah tidak mengenal sesiapa,
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa,
berkata kejadian tersebut juga menunjukkan kawalan keselamatan di
rumah-rumah ibadat perlu dilakukan.
"Bayangkan jika di hadapan rumah ibadat, dengan mangsanya adalah golongan agama pun sudah tidak selamat, bagaimana pula di tempat-tempat lain?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
"Bayangkan jika di hadapan rumah ibadat, dengan mangsanya adalah golongan agama pun sudah tidak selamat, bagaimana pula di tempat-tempat lain?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.




DATUK
Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akhirnya mengakui
kesilapan atau ‘tersalah langkah’ dalam misi pencarian pesawat MH370.
Kenyataan beliau diperjelaskan dengan pengakuan bahawa kerajaan tidak
mengutamakan aspek komunikasi, malah mengakui bahawa pengendali trafik
udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari
dan menyelamat.