Di jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai, Kelantan, 
tiga wanita pertengahan umur mencangkung di bawah sekeping zink koyak 
cuba menahan trak yang lalu lalang membawa bekalan makanan ke kampung 
dipenuhi lumpur.
Kadang-kala ada lori berhenti dan memberikan wanita 
itu beberapa barangan yang dibawa tetapi sebahagian besarnya terus 
menuju ke Kampung Manek Urai Lama, yang menjadi terkenal selepas imej 
kemusnahan seperti tsunami akibat lumpur banjir menjadi “viral” di 
Internet.