Keranda Karpal Singh tiba di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang dari Hospital Raja Perempuan
Bainun, Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014
MCA
mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin
sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas
kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.
Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat
seolah-olah “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu
kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan
Karpal.