اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 12, 2014

[TERGEMPAR] Sungai Ini Mempunyai Ombak Setinggi 30 Meter | [EKSKLUSIF] 25 Gambar Kejadian Pelik




[TERGEMPAR] Sungai Ini Mempunyai Ombak Setinggi 30 Meter | [EKSKLUSIF] 25 Gambar Kejadian Pelik | Memang sukar dipercayai apabila terdapat sungai di China ini mempunyai ombak yang sangat luar biasa.


Ombak ini mempunyai ketinggian sehingga 30 meter dan telah menyebabkan air sungai tersebut melimpah dan merosakkan sebahagian harta benda awam.
baca lagi & lagi gambar, klik TAJUK ENTRI ni

Orang Melayu dan GST.










Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST-  cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?

Hadiah Untuk Penyokong BN yang Jilat Bontot Lembu Kak Jat RM250juta..!!!

 


Matlamat kementerian pertanian bagi pinjaman 250 juta kepada syarikat NFC untuk bela lembu dan stock dagingnya akan stabilkan keperluan penduduk Malaysia amnya. Lantas harga akan stabil.

[ Panas!! ] Bekas hakim terlibat kes rampasan kuasa Perak dapat projek RM2.2 Billion


Written By canang on Sabtu, 12 April 2014 | 4/12/2014 06:59:00 PTG



PAROI 12 APRIL: Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu.

Harga rumah naik selepas GST, TPPA dilaksana?

KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsungnya satu wacana rakyat bertajuk 'Kesan GST dan TPPA terhadap sektor perumahan: Adakah harga rumah akan naik' bagi merungkai sejauh mana perlaksanaan kedua-dua program itu mempengaruhi harga aset rumah.

Wacana tersebut diadakan di Auditorium MPAJ, Pandan Indah bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang ini.

Negara miliki 5,000 bilion meter padu air bawah tanah


KUALA LUMPUR: Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik, kata Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff.
  
Beliau berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang pernah dilakukan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982.
  
"Namun sehingga kini, hanya tiga peratus sahaja daripada sumber itu yang digunakan," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga pernah membuat kajian pada 2011 yang mendapati tujuh peratus atau 64 bilion meter padu air daripada hujan tahunan yang turun akan tersimpan di bawah tanah.
  

Permintaan maaf Tok Guru & Mahathir yang asyik lupa


Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka. Di sebelahnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkunjung ke Pulau Melaka untuk bertemu Mursyidul Am PAS itu baru-baru ini.

TIDAK semena-mena ucapan ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz di satu Subuh hening sebaik selesai solat berjemaah di masjid bersebelahan rumahnya di Pulau Melaka, Pengkalan Chepa, Kelantan menarik perhatian para pemimpin Umno.

TG Haron Din terima kunjungan Najib di IJN




KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang kini mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), menerima kunjungan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.

Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang

Saya mendapat khabar sedih pemergian mengejut Abdul Hamid bin Abdul Kadir (Pak Hamid) Ketua jurulatih kawad kebangsaan Jabatan AMAL dari Johor ke rahmatullah pagi tadi jam 10 pagi.
Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang  dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Ping Ping sudah jadi Pinga?



 Esok bateri kotak hitam akan 'kong'. Ping-ping dari kotak hitam tidak akan kedengaran lagi... Tinggal kepada kita yang hanya mampu terpinga-pinga...Kah! Kah! Kah! Ping sudah jadi 'Pinga'!

 Kita begitu dinyakinkan dan diberikan seribu harapan dengan ping-ping yang dikesan...rupa-rupanya mereka sekadar bermain ping-pong dengan melantunkan pelbagai cerita;   kejap begini, kejap bukan begini.... kita semua terpinga-pinga dengan ping sana , ping sini....sebagaimana bila menonton permainan ping-pong jagoan.

Akhirnya.. Bukti MH370 Dirampas Didedahkan

 


Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.
Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Dalang Bocor Maklumat Lawatan Muhyiddin Di Dubai Terbongkar?

 


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu mengambil tindakan segera mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 April lalu. 
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata laporan polis juga perlu dibuat terhadap mereka yang membuat dakwaan itu, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berikutan tuduhan mereka berbaur hasutan dan palsu. 

For blinding boy, court orders Putrajaya to pay RM178,770

 


BUTTERWORTH, April 12 — Half-blinded after a broken metal door knob in his classroom pierced his left eye, 12-year-old P. Sasitharan scored a victory today when the Sessions Court here ruled the Education Ministry and the federal government had been negligent in ensuring student safety at school.
Ruling in favour of the boy, Sessions court judge Roslan Hamid ordered the government pay RM178,770 in compensation for the mishap that took place four years ago when Sasitharan was eight.
“I find the defendants had failed in their duty to ensure the safety of students under their care,” Roslan said when delivering his decision.