MEMOHON SUMBANGAN

MEMOHON SUMBANGAN
Inginkan AKHIRAT CURRENCY SAVING ACCOUNT? Kami pihak radio suara rakyat fm ingin memohon sumbangan jariah para pendengar setia untuk melancarkan lagi perjalanan perjuangan untuk menegakkan keadilan sejagat. semoga sumbangan anda mendapat keberkatan bagi membantu dalam menegakkan keadilan dan perjuangan seperti yg dituntut dalam setiap pegangan agama. semoga sumbangan anda dapat menjadi satu syafaat di hari akhirat nanti... disini kami sertakan nombor akaun untuk sumbangan anda didalam akaun: SUARA RAKYAT ENTERTAINMENT (1405-0001092-10-7) CIMB BANK jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang setia.. semoga Allah memberkati sumbangan anda terima kasih

Thursday, February 7, 2013

Biarkan foto ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua



Biarkan foto ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua, menyentuh rasa tanpa perlu berkata-kata. Terasa tenang melihat ayahanda beradu lena melelapkan mata barang seketika, setelah selesai Zohor dilaksana.

Sayunya Hati melihat ayahanda seorang ulamak dan juga umara boleh beradu sedemikian rupa, di gelegar lantai tempatnya, tanpa ada sebarang alas di kepala.Namun inilah sikap ayahanda, bukan dikejar kesenangan harta, namun redha ALLAH jua yang di inginkan ayahanda.

Ayahanda selalu berpesan sepatah selidah buat kami semua bahawa jawatan itu adalah AMANAH dan bukannya GHANIMAH.

Benarlah, dan saksikanlah bahawa sungguh sederhana dan mudah berkiranya insan yang tubuh bergelar badan bernama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz B Tuan Guru Hj Nik Mat Alim.


NUR SHUANA