اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, February 3, 2015

Ceramah berbaur rasis: Persatuan Penduduk di Kelantan buat laporan Polis terhadap Datuk Kazim Elias


Video Datuk Ustaz Kazim Elias sedang memberi ceramah dalam satu majlis kira-kira lima tahun lalu ‘panas’ kembali apabila satu laporan polis dibuat terhadap penceramah bebas dan pengendali rancangan Kalau Dah Jodoh itu, hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11 pagi tadi.

10 tahun menanti, Rumah Tsunami yang dijanji masih tak siap lagi?


Kata seorang pemimpin BN.. "Kita tidak boleh pakai pemimpin yang apabila tiada kuasa dia mahu janji, dia jual janji... dia menagih simpati...dia tuduh orang lain kerajaan BN tidak tolong rakyat...

"Hendak cakap itu mudah tetapi hendak buat itu susah. Ingat, hendak musnah itu mudah tetapi hendak bina itu susah, nak cakap buka mulut sahaja boleh cakap di bibir boleh main janji tetapi janji orang yang tiada kuasa... kita janji apa, kita tepati," 

CheguBard!.. Cek RM12 Juta tu Nong Chik kata aset dia sendirilah..


Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas pendedahan sebuah blog yang mempersoalkan cek bernilai lebih RM12 juta yang diterima atas namanya dan isteri, mengatakan ia merupakan aset miliknya yang sah, hasil perniagaan dan pelaburannya selama ini.

Kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempertikaikan kebolehan orang Melayu berniaga, bekas menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar itu berkata, wang miliknya itu dari sumber yang sah, direkodkan dengan pihak berwajib.

Mahathir 'Ganti' Anwar??

Mahathir 'Ganti' Anwar??

Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

“Sekarang Umno pula jadi masalah bila yang veteran lawan yang muda. Sebab itu, ketua pembangkang di Malaysia sekarang adalah Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar sebab dia yang banyak kecam Najib.

“Sekarang bos yang disanjung sejak 20 tahun lalu, kini dia yang paling mahu Najib berhenti. Kalau kita lihat di laman web dan Twitter Tun Mahathir, banyak yang dia hentam Najib,” katanya pada Ceramah Rakyat Hakim Negara di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini.

Mohamad berkata, tindakan Mahathir itu menunjukkan bukan calang-calang orang yang mengkritik pemerintahan Najib hari ini dan rakyat seharusnya boleh membuat penilaian.

Sementara itu, beliau berkata, BN kini berada dalam keadaan 'tenat' berikutan masalah parti komponennya iaitu MIC dan MCA. “Tiada jalan lain untuk rakyat buat perubahan.

MIC bukan lagi parti, tapi akan diswastakan kepada Umno. MCA pula ada, tapi sudah ditelan zaman ‘ibarat gerakan kubur tidak bertanda’.

“Jangan BN berpecah, kita pun berpecah. Sebab itu kita perlu bersatu padu sekarang dan inilah masa terbaik untuk PR mengambil alih pentadbiran negara,” katanya.

Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

“Sekarang Umno pula jadi masalah bila yang veteran lawan yang muda. Sebab itu, ketua pembangkang di Malaysia sekarang adalah Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar sebab dia yang banyak kecam Najib.

Giliran KJ Pula Seru TNB Turunkan Kadar Tarif Elektrik.

Akhirnya. Ada juga seorang menteri yang berakal dalam membicarakan isu tarif elektrik TNB.

Dalam pada menteri2 gila seperti Ahmad Maslan dan Ismail Sabri dok meroyan sakan desak peniaga turunkan harga barang, dorang lupa ke taikun2 besar seperti TNB tak turun2kan pula caj perkhidmatan mereka sejajar dengan penurunan harga bahan api.

Apa kes?


Owhh.. oleh kerana ianya TNB. Ianya GLC. Macam adik beradik ASTRO juga yang kerajaan ada saham didalamnya, buat apa kita desak syarikat2 macam tue turunkan harga barang dan perkhidmatan mereka sejajar dengan penurunan bahan bakar ye tak?