اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

“BN mahu nyahkan Anwar,” kata Saifuddin



MUAR: Selagi batang tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas di pentas politik negara, selagi itu BN tidak akan senang duduk, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menjelaskan, Anwar bagi BN adalah ancaman paling besar, yang boleh menamatkan kekuasaan parti itu jika karier politik Ketua Pembangkang itu tidak dimatikan.

Kita tidak bermusim cinta pada Nabi – Presiden PAS

BALING: PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini.

"Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.

Perggghhh... Betul Lah Kata-Kata Yang Polis Malaysia Memang Cekap beb

 


Bukan nya gua bersetuju dengan budak yang MENGEDIT GAMBAR Rosmah Mansor yang dikatakan HANCUR kerana Kapal Terbang TERHEMPAS, tetapi nampak sangat Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib ni sudah seperti RAJA dan SULTAN dalam Negara Malaysia, ada saja Laporan Polis dibuat terus saja Pihak Polis  buat SIASATAN dan TANGKAPAN.

Keajaiban memang boleh berlaku - Maka benarlah ramalan Raja Bomoh Malaysia



Pesawat MH370 telah dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu. Lagi dua hari lagi, maka akan genaplah 30 hari MH370 itu telah hilang.

 Kotak Hitam, alat yang merakamkan data penerbangan yang kini menjadi tumpuan pencarian, hayat baterinya cuma berbaki dua hari sahaja lagi. Jika Kotak Hitam itu tidak dijumpai, maka misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang itu tidak akan dapat terungkai.

 Penumpuan carian adalah di Selatan Lautan Hindi ….

Peta kawasan pencarian dimana MH370 dipercayai telah terhempas

Rakyat Nasihatkan Rosmah Dan Najib Balik Ke Pangkal Jalan.

 


Dalam beberapa portal berita ada menerbitkan artikel bahawa Rosmah meminta Syed Saifullah kembali ke pangkal jalan. Ini susulan dari tindakan Syed (ataupun mungkin hacker) yang upload satu gambar yang kononnya Rosmah Mansur, telah meninggal dunia.

Matta: Wan Junaidi hina rakyat Malaysia

 


Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sabah mengesyorkan agar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menarik balik saranan agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Pengerusi Matta Sabah Robet Chong berkata cadangan tersebut amat mengecewakan dan menghina rakyat Malaysian kerana timbalan menteri itu tidak dapat menjamin keselamatan di kawasan terbabit.

RM300 Juta Wang Rakyat Dibazirkan: 'Kalau tiada kuasa lebih baik bubar Esscom' - LKS

 


Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut agar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan sekiranya badan itu tiada kuasa dalam menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu.

Katanya, badan pemerintah itu tidak sepatutnya bertindak dengan tidak bertanggungjawab seperti itu selepas menerima peruntukan RM300 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 dibentang esok


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tahun 2013 Siri 1 akan dibentang di Parlimen esok.

Menurut kenyataan Ketua Audit Negara hari ini, dalam laporan itu sebanyak 54 pengauditan prestasi dan 19 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.

Warga internet mula mengaitkan Professor Izzi Haji Ali dengan isu cabul pelajar UITM Arau






Payah memang payah sekarang, ada berita yang datang kemudiannya memang benar berlaku, ada berita yang datang pula Nampak macam benar tapi sebenarnya karut marut. Seperti kebanyakkan berita MH370 yang bersifat spekulasi. Dan yang spekulasi itulah yang menjadi tatapan popular warga internet.

Dilema Malaysia dilema semua, kata Nurul Izzah

 

Tidak mustahil jika di kemudian hari, akan ada disebut mengenai ‘dilema India’, ‘dilema Jawa’, ‘dilema Bugis’, ‘dilema Mendeling’ di mana kesemuanya dirangkakan atas dasar perkauman. 

Nurul Izzah
PETALING JAYA: Tidak patut untuk berhujah secara sinis dan umum tanpa membahaskan sesuatu masalah atau perkara pokok dengan menutup kebenaran, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Malah, membuat pernyataan secara fitnah dan membuat pertuduhan terhadap seseorang atau kaum sebagai punca sesuatu masalah dengan tidak ada rasa takut bermain api dan sentimen emosi adalah tidak bertanggungjawab.

MH370: Pendedahan berani dan tergempar seorang Penganalisa

 

"Dan katakanlah telah datang kebenaran mengatasi kebathilan. Sesungguhnya yang bathil itu akan sentiasa akan lenyap..."

Bantu kami rancakkan aktiviti SAMM dengan memiliki set buku FITNAH (hanya 200 set sahaja)




Stock akhir hanya ada 200 set sahaja lagi. (terbitan SAMM, tulisan che'GuBard)

1. Buku Fitnah 220 muka surat, miliki buku ini kenali Anwar dari zaman mudanya. Mempersembahkan bahan bukti menangkis FITNAH ke atas Anwar dari FITNAH 1 hingga FITNAH 2. Miliki buku ini dan cukup mudah difahami.

Tentang hudud kerana tanggungjawab kata MCA..!!

 


Pemuda MCA menangkis dakwaan pertubuhan pendesak Melayu PERKASA bahawa parti itu cuba mencampuri hal ehwal agama Islam melalui tentangannya ke atas usaha kerajaan Kelantan untuk mendapatkan perisytiharan Parlimen untuk melaksana hudud.

Ketua biro guaman Pemuda MCA Eric Choo Wei Sern dalam kenyataannya menyebut bahawa pendirian itu dibuat dengan berpandukan undang-undang.

Malaysia terburu-buru buat perjanjian perdagangan bebas

 

Ekonomi terbuka bakal memusnahkan ekonomi negara kerana syarikat tempatan tidak mampu bersaing, kata Mapim.

TPPA NEWPETALING JAYA: Makaysia terburu-buru mengadakan perjanjian perdagangan  bebas dengan negara maju lain sedangkan ia tahu akan menyebabkan rakyat semakin sukar kerana ketidakmampuan negara bersaing, kata pengerusi majlis perunding ekonomi Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
“Malaysia tidak boleh dan tidak mampu bersaing dengan Amerika (Syarikat) dan negara-negara maju lain, tetapi tetap menandatangani perjanjian dengan negara-negara itu.

SIAPA YANG LEBIH BERAKHLAK..?

 


Penculik di Semporna hubungi keluarga pelancong wanita China

 

Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, telahpun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan perkara itu namun tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

TEMBELANG US DALAM KRISIS MH370 KIAN TERBONGKAR??

 


Pautan kekal imej terbenam

Mana pergi satelit, radar AS?

Amerika mempunyai sistem radar tercanggih di dunia.

 Sejak kehilangan pesawat MAS MH370 8 Mac lalu, beberapa negara telah mendedahkan penemuan satelit mereka yang menunjukkan objek berpotensi dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

PANAS! KEHILANGAN MH370...UTUSAN DAH BUAT U-TURN TUDUH KERJA CIA !!!? DULA DEPA KATA SPEKULASI


Utusan Malaysia: Tidak mustahil kehilangan MH370 berkait dengan CIA




Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu. 

Utusan Akui Tidak mustahil Kehilangan MH370 Berkait Dengan CIA, Tapi...



Utusan Malaysia: Tidak mustahil kehilangan MH370 berkait dengan CIA

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Dunia membisu lihat kekejaman regim Zonis As-Sisi

 

Oleh MOHD NASAIE ISMAIL 

KETIKA sampai ke Kaherah pada 30 Mei 2013, Mesir sedang panas dengan isu Empangan Nahdah yang hendak dibina oleh Ethiopia di Hulu Sungai Nil.

Pembinaan itu akan menyebabkan Mesir dan Sudan yang berada di Hilir akan menerima air yang semakin kurang.

Presiden Mesir ketika itu, Dr Muhammad Morsi telah mengadakan pertemuan dengan semua parti politik samada yang bersama kerajaan atau pembangkang untuk membincangkan kepentingan besar negara tersebut.

Sungai Nil ibarat nyawa kepada bumi Mesir yang menjadi tempat pergantungan hidup rakyat dan pertanian di Mesir

PEMUDA HINA ROSMAH DITAHAN POLIS




Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Akhirnya rakyat Malaysia TERTIPU lagi dek propa UMNO-BN

 

Written By canang on Sabtu, 5 April 2014 | 4/05/2014 08:38:00 PTG



Hampir kesemua media UMNO-BN melaporkannya dari Bernama ke Astroawani dan Mstar dan New Straits Times dan banyak lagi. Apakah mereka salah lapor??? Atau ianya satu cara manipulasi berita utk kencing seluruh rakyat Malaysia yg kononnya KLIA memenangi tempat kedua AIRPORT TERBAIK DUNIA??? KLIA daah naik taraf World 5-Star ke??? Bila????

MH370 - Penemuan benda ini di Australia kuatkan lagi persepsi penglibatan 'orang dalam' MALAYSIA

 

Written By canang on Ahad, 6 April 2014 | 4/06/2014 02:38:00 PTG


Benda ni ditemui di longgoka sampah di Australia. Apa makna semua ini. Bolehkah ini dijadikan bukti bahawa satu perancangan rapi telah dibuat bagi menghilangkan MH370 secara sengaja. Tengok muka-muka pak menteri dan pegawai MAS di TV langsung tak menunjukkan mereka cemas, risau apatah lagi sedih.

Statement Mengejutkan Dari Ustaz Don.. Saksikanlah Video Ni

 

 

Ustaz Don sokong Dr Muhammad Mursi digulingkan? Anda boleh lihat viedo kuliah beliau dan menilaikan berdasarkan ilmu tuan-tuan. Jikalau tak pasti boleh rujuk dengan para ilmuan..

Boleh lihat video dibawah..