KEMPEN Penurunan Harga 2015 yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK)
bermula 1 Mac lalu sehingga kini hanyalah melibatkan 16 pasar raya
utama dengan melakukan potongan harga antara 10 hingga 70 peratus ke
atas barangan terpilih.
Menterinya, Dato’ Hasan
Malek menyatakan kempen tersebut dilaksanakan kerana mahu mengubah
persepsi rakyat bahawa perubahan harga petrol bukan penyumbang utama
kenaikan harga barangan. Apakah tindakan yang dilakukan kerajaan ini
benarbenar membantu rakyat?