Bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan dipindah ke
pusat tahanan di Sydney, walaupun sebelum ini ada laporan menyatakan dia
akan dibebaskan pihak berkuasa Australia.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan pada
Jumaat malam mengenai Sirul, 43 yang dipindahkan Pusat Penahanan
Imigresen Villawood dan ditempatkan di bahagian yang dilengkapkan dengan
tahap kawalan maksimum.