Friday, May 23, 2014
Bongkar!! Kacau Bilau 4 Jam Pertama Semasa Kehilangan MH370 Didedahkan..
Hussein dalam mempertahankan ketiadaan tindakan tentera dalam sejam
pertama M370 hilang menimbulkan kemarahan keluarga penumpang dan anak
kapal dan ada antara mereka menuntut beliau meletakkan jawatan.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dalam satu
temubual dengan program Four Corners oleh Australia Broadcasting Corp
yang disiarkan pada 19 Mei lalu, berkata tentera Malaysia diberitahu
untuk mengawasi kapal terbang itu tetapi membenarkannya hilang dari
radar mereka selepas menimbangkan ia bukan musuh.
Lagi laporan rasuah Taib Mahmud, mana SPRM? Oleh Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Tindakan Ketua Pendakwaraya sebuah agensi rasmi
penentang jenayah Norway, Økokrim menghantar laporan dakwaan rasuah
melibatkan firma milik Kerajaan Negeri Sarawak kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini sama sekali tidak akan
memberi kesan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ini kerana kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh, suruhanjaya itu sendiri bertindak seolah-olah penyelamat kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu.
Ini kerana kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh, suruhanjaya itu sendiri bertindak seolah-olah penyelamat kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu.
Guan Eng cabar Umno pecat ahli bertindak samseng
HARAKAHDAILY
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno agar memecat 12 anggota parti itu yang bertindak samseng menceroboh Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang kelmarin.
Ini kerana, setelah dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang bertaraf VIP, 12 samseng Umno itu semalam tanpa rasa bersalah ingin mengulangi tindakan mereka dengan berkumpul di luar Dun.
"Bagi pihak kerajaan negeri, kami ingin mengutuk ahli-ahli Umno yang bertingkah laku macam samseng mahu merusuh di luar perkarangan Dun Pulau Pinang.
Khairy pernah berdemo tetapi tidak koyak memo
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dalam banyak demonstrasi sebelum ini, sama adadi hadapan Kedutaan Amerika, Australia, Great Britain dan sebagainya yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, walaupun beliau juga beraksi dengan gaya marah dan darah yang sedang meluap-luap, tetapi memorandum tidak pernah dikoyak atau dicampakkan.
Mereka panggil paria, saya tak kisah pun, kata Rayer
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP RSN Rayer yang
menjadi sasaran kemarahan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang
kelmarin berkata beliau juga dimaki dengan kata-kata kesat tetapi tidak
menghiraukannya.
“Mereka panggil saya pelbagai nama, haram jadah, paria... Lebih baik bahaskan isu ini,” kata Rayer ketika ditemui Malaysiakini di Dun Pulau Pinang semalam.
Telur-telur yang ditulis dengan kata-kata cercaan oleh perusuh Umno untuk dibaling kepada Rayer. Foto Malaysiakini
Rayer merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli Umno yang menceroboh Dun untuk mencarinya, antaranya kerana menggelarkan pemimpin Umno celaka.
Kumpulan itu sebelumnya menyertai perhimpunan di luar dewan yang antaranya menggelar Rayer sebagai 'bangsat', 'paria' dan 'rasis' sambil membawa telur ayam untuk dibaling kepada Rayer.

Lakonan murahan Pemuda Umno di P Pinang, pejabat DAP
HARAKAHDAILY |
KUALA LUMPUR: Reaksi Pemuda Umno yang bertindak
keterlaluan di Dun Pulau Pinang dan usaha untuk membakar ibu pejabat DAP
adalah tidak lebih dari siri lakonan murahan pemuda Umno semata-mata.
“Tujuannya adalah membangkitkan agenda perkauman dan membodek pimpinan atasan.
“Pemuda Umno memang sentiasa mencari peluang berlakon dalam agenda perkauman,” ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mereka faham sebahagian sokongan masyarakat Melayu khususnya di luar bandar dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lepas adalah disebabkan oleh agenda perkauman kononnya DAP akan berkuasa melalui Pakatan Rakyat.
Katanya, rakyat yang terpesona dengan agenda ini telah terpengaruh dengan permainan Umno.

Subscribe to:
Posts (Atom)