Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
ANDAI kata wujud anugerah untuk pemimpin kerajaan paling optimistik ke atas ekonomi w

alaupun
apa jua dan betapa besar sekalipun krisis ekonomi yang melanda dunia,
pasti penerima paling ramai adalah dari kalangan pemimpin kerajaan
Umno-BN seperti dilihat hari ini.
Lihat sahaja krisis kejatuhan
harga minyak dan penyusutan ketara matawang ringgit berbanding dolar
Amerika Syarikat yang melatari iklim ekonomi negara, namun Perdana
Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak boleh tersenyum riang-ria dan
bercuti-cuti Hawaii/ Bangkok sambil membawa keluarga
“bershoppingshopping.”