Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)
Saya
mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari dan
harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data yang
terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita apa-apa
jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini.
Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri paling
aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang
sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling
misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan
terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan
diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila.




![Photo: RENUNGAN HARI INI
Seorang ketua supervisor yg telah berkh idmat melebihi 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraannya tetapi dgn syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Ketua supervisor dgn berat hati bersetuju.
Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati KS tersebut kerana tidak membina rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.
Saudaraku seakidah... Sebenarnya, ini lah yg akan terjadi pada setiap dari kita... Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat... Kita beribadah untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah.
Ingatlah, sebenarnya dengan SHOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya.. Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai usahanya.
Allah ta'ala berfirman:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya". [Fush-shilat: 46]
Untuk sama2 kita renungkan.](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1.0-9/10250133_1492243404328817_6526374751414619458_n.jpg)