اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, June 12, 2014

Tak Payahlah Nak Perjelaskan Lagi!

 

Tak payah perjelaskan perjalanan ke luar negara, wahai Muhyiddin

Hazlan Zakaria 


KOMEN: Apa sahaja yang Ahli Parlimen DAP katakan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu menjelaskan lawatan ke luar negara di atas wang pembayar cukai kepada sesiapa, selepas semua ia bukan cara Malaysia.

Berapa ramai pemimpin Malaysia yang anda tahu telah meletakkan jawatan atau dipecat kerana mempersoalkan ke atas penggunaan dana awam?

Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu!

 

Ahmad Maslan bela Deepak di parlimen
 | June 12, 2014
Adakah beliau tahu dan melihat surat Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek "post dated"?
deepak300x200PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya tampil menjelaskan di Parlimen semalam bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta kepada Deepak Jaikishan.

Anwar Dipenjara 6 Tahun Pada 1999 Kerana Salah Guna Kuasa. Yang Ini Bagaimana?

  

Mahfuz pertahan wujud salah guna kuasa menteri dalam Bank Rakyat 
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 12 June 2014 | Updated: 12 June 2014 3:47 PM

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kewujudan unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah Bank Rakyat kepada ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan.
Mahfuz berkata, campur tangan menteri yang mengarahkan lembaga pengarah Bank Rakyat untuk membuat keputusan mengenai pinjaman itu masih dianggap sebagai satu kesalahan.

TERKINI! PENDUDUK KG. CHUBADAK TAMBAHAN DAPAT PERINTAH MAHKAMAH UTK HALANG PTGWP & DBKL DARI ROBOH RUMAH MEREKA Alhamdulillah Allah mendengar doa orang2 yg.teraniaya..penduduk2 Kg. Chubadak Tambahan berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang rumah mereka dari diroboh oleh PTGWP dan DBKL.. TERIMA KASIH BUAT SEMUA PEJUANG2 RAKYAT , Ayah Halim Hamid, YBTian Chua, Ketua Pemuda Pas Batu Saudara Nurul Islam Mohamed Yusoff DAN BARISAN PEGUAM YG.DILANTIK Ahmad Zamri Khuzaimi YG.HADIR BERSAMA2 BERSOLIDARITI MENUNTUT HAK UNTUK PENDUDUK KG.CHUBADAK TAMBAHAN.. -DEMI RAKYAT, LAWAN TETAP LAWAN- SUMBER DBKL dengan bantuan POLIS berkumpul untuk merobohkan kampung Chubadak..siapa halang kroni YTL utk menjadi lagi kaya, dia kena cekup..untuk pengetahuan umum, kes utk merobohkan rumah masih belum selesai dikendalikan Mahkamah tapi di Malaysia, duit mengatasi segala undang2...?

 



Alhamdulillah Allah mendengar doa orang2 yg.teraniaya..penduduk2 Kg. Chubadak Tambahan berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang rumah mereka dari diroboh oleh PTGWP dan DBKL..

BERITA GEMPAR: INSOLVENSI SAHKAN LUCUT STATUS AHLI PARLIMEN APABILA TERIMA PERINTAH BANKRAP

 

Lucut Status YB Jika Terima Perintah Bankrap – Insolvensi

Notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Untung RM4.58 Bilion tidak cukup, sebab itulah tarif elektrik naik kata Menteri





Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan kos projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 billion.

Sedap mulut saja menteri mangkuk ni!



Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan insiden melibatkan jabatan agama Islam yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini, dan menegaskan agensi terbabit melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan yang diambil oleh jabatan agama atau majlis agama mengikut prosedur yang digariskan kepada mereka.

 "Sebab itu saya katakan elok supaya agensi agama ini diberikan tugas dan tanggungjawab mereka. 

Jika benar Umno sokong Hudud.....

 




Setelah Umno Kelantan berjaya menyemarakan perjuangan PAS di Kelantan dengan 'sokongan hudud', kini Umno Selangor pula dilihat mahu mempertingkatkan lagi 'sokongan hudud' mereka di Selangor pula! 

 Dan dengan tak semena-mena itu pula berlegaran angin kentut si Hasan Ali yang cuba menguji nilai pasaran saham dirinya... 

GILA - RM13,400 SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA ??

 

Photo: GILA - RM13,400 SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA ??

MELAKA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaikkan kadar sewa hampir sekali ganda itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan.

Beliau berkata, kadar sewa di situ pada Ramadan tahun lepas hanya sekitar RM7,000 berbanding RM11,400 hingga RM13,400 seunit bagi tahun ini.

"Ikhlas amat kesal dengan perkara ini. MBMB bukan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) jadi mengapa kadar bayaran sewa tapak perlu dinaikkan sehingga begitu tinggi?.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib para peniaga dengan mewujudkan skim mikro bazar Ramadan melalui penyediaan dana RM45 juta tapi ini yang sebaliknya berlaku di Melaka," katanya pada sidang akhbar untuk memprotes harga sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah itu di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, kerajaan negeri Melaka seharusnya mencontohi Negeri Sembilan yang mengenakan bayaran sewa serendah RM0.43 sehari bagi seunit tapak bazar.

Ikhlas mendakwa terdapat sebahagian daripada 50 tapak bazar itu yang dikatakan dijual dengan harga RM7,000 kepada pihak ketiga melibatkan peniaga asing.

Persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri atau MBMB untuk menyelesaikan isu itu atau Ikhlas akan menghantar memorandum mengadu kepada Najib. - Bernama

MELAKA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400.

DAP bawa Dyana ke Kota Bharu ... kesian ... org KB tak terima Dyana


 

Ini kisah benar di Kota Bharu Rabu malam. Bintang berwajah pelakon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dibawa untuk berceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Kubu kuat PAS Kota Bharu.



Stadium ini merupakan tempat biasa untuk PAS kumpul kurang-kurang 5000 penyokongnya untuk dengar ceramah. Ia kawasan yang ada steady crowd.

Namun cubaan DAP bawa Dyana ke situ nampaknya gagal. Tak ada sambutan. Sepi dan lenggang saja ceramah tersebut. Orang kata petugas lagi ramai dari penceramah.

Adakah Tun Mahathir Sama Seperti Bill Clinton?


 

Photo: Adakah Tun Mahathir Sama Seperti Bill Clinton?

Khamis, 12 Jun 2014.

Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia manakala Bill Clinton pula bekas Presiden Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka meninggalkan rumah kerajaaan (Rumah putih & Putrajaya) untuk menjalankan kehidupan sebagai rakyat biasa berstatus 'bekas pemimpin negara'.

Soalannya adakah kedua-dua mereka sama?

1. Bekas wanita pertama Amerika Syarikat Hillary Clinton mengaku keluarganya berdepan dengan masalah kewangan selepas Bill Clinton tidak lagi menjadi presiden dalam wawancara dengan Diane Sawyer menerusi stesen televisyen ABC untuk mempromosi buku barunya ‘Hard Choices.’

Tun Mahathir ada juga lancar buku “A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad” tetapi Tun tak papa dan melarat tak ada duit untuk sara hidup.

Kenapa? Tun mungkin jenis orang jimat cermat sebab UMNO ajar jimat cermat!!!

2. Bill dan Hillary Clinton yang juga bekas Setiausaha Luar Amerika Syarikat berkata, keluarganya bukan saja kehabisan simpanan tetapi juga berdepan dengan hutang selepas meninggalkan Rumah Putih pada 2001.

Tun Mahathir tidak habis duit malah anaknya adalah antara orang terkaya di Malaysia. Kenapa??

Tun Mahathir pandai didik anak bukan macam Bill Clinton!

3. Kata Hillary Ckinton “Kami bukan setakat bankrap tetapi juga berhutang. Kami tidak memiliki wang ketika memasuki Rumah Putih. Kami berjuang, mengumpul wang untuk membeli rumah dan membiayai pelajaran anak.”

Tun Mahathir tak perlu berjuang pasal kalau masuk UMNO memang diajar duit rakyat duit BAPAK KITA, pasal itu bagi pemimpin UMNO mereka tak perlu berjuang mengumpul duit kerana duit akan datang sendiri!!! he he he duit Bapak kita!

4.  Untuk mengatasi masalah kewangan mereka, Bill dan Hillary memenuhi jemputan ceramah. Bayarannya cukup menakjubkan. Untuk sekali ceramah, Hillary dibayar sehingga AS$200,000 (RM641,000).

Nilai suara Bill pula lebih tinggi, mencecah sehingga AS$750,000 (RM2.4 juta) untuk satu sesi.

“Kami bekerja keras kerana pertama, terpaksa membayar hutang dan kedua, membeli rumah serta mengurus keluarga,” kata Hillary.

Menurut CNN, sejak meninggalkan Rumah Putih, wang hasil ceramah yang diperoleh Bill Clinton mencecah AS$106 juta (RM340 juta). Pada 2012 saja, bayaran untuk 72 ceramahnya berjumlah AS$17 juta (RM55 juta).

Adakah Tun Mahathir berceramah sana-sini untuk menyara hidu anak-anaknya selepas dia keluar daripada Putrajaya tidak ada duit pasal dia amanah duit rakyat??

TIDAK SAMA SEKALI....

Dia giat ceramah kerana rasa kekuasaan politik dan orang-orangnya tergugat. Dia inginkan suara dalam pembahagian harta rakyat.... Pasal itu sekarang dia kembali ke Proton.

Bill Clinton bukan Islam bekas Presiden AS negara kuasa dunia tapi sangat berbeza dengan bekas pemimpin Malaysia negara sedang membangun yang bercakap Islam!!

Kalau tak tahu juga apa yang ditulis di atas, tak tahu nak kata apa lagi!!

TEMPAYAN RETAK.


Khamis, 12 Jun 2014.

Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia manakala Bill Clinton pula bekas Presiden Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka meninggalkan rumah kerajaaan (Rumah putih & Putrajaya) untuk menjalankan kehidupan sebagai rakyat biasa berstatus 'bekas pemimpin negara'.