KOTA BHARU: Dakwaan Tun Musa Hitam
(gambar) bahawa beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan budak seolah-olah mengulangi tragedi menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika
itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing
pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas
Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks
yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah
kedengaran sejak 1980-an lagi.
Katanya, faktor tersebut antara
yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan
Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.
“Cerita
berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara
senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti
apabila tidak disukai,” katanya di sini.