SELEPAS genap 30 hari pertempuran di Genting Gaza, Israel dan Palestin
akhirnya bersepakat melakukan gencatan senjata 72 jam selepas mendapat
tekanan negara antarabangsa, menyaksikan ribuan kematian serta
kemusnahan teruk di bandar berkenaan.
Gencatan senjata di Genting Gaza yang memasuki hari
kedua semalam, dilihat tiada tanda pencabulan serangan antara Hamas dan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berbanding lima gencatan sebelum ini.