اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, July 10, 2014

MB Selangor. Kisah komplot yang gagal!

 

PETALING JAYA: Komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memasuki fasa terbaharu apabila wujud usaha untuk meraih sokongan majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha itu kini berhadapan cabaran apabila ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan enggan bersubahat dalam gerakan itu.

Strategi yang dikenali sebagai 'Langkah 28' itu dikatakan dilancar bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Roket Hamas Menghujani Kem Tentera Zionis Israel



Sebagai balasan atas beberapa kali serangan udara tentera Israel ke wilayah Gaza Palestin, Hamas menembakkan roket-roketnya ke wilayah Palestina yang dijajah oleh Israel. Di antara roket-roket tersebut menghujani lokasi tentera Zionis Israel, sebagaimana yang dapat dilihat dalam video yang dirilis oleh Komite Nasional untuk Rakyat Palestin (KNRP), Khamis tengah malam (10/7/2014), melalui akaun Facebooknya. (sumber)

Perumpamaan Orang Alim Yang Tergelincir Dengan Ilmunya



Oleh : Abu Abdillah Fatih Falestin (Al-mustaqbal.net)
Alhamdulillahirabbil’alamin. Segala puji hanya kepada Allah Ta’ala yang menampakan kepada manusia orang-orang yang berjubah, tapi sejatinya adalah dukun. Segala puji hanya kepada-Nya yang menampakkan kepada manusia orang yang mengaku berdakwah, padahal sejatinya ia seorang pedagang yang menjual akhiratnya demi harta benda dunia yang rendah.

Aku memuji-Nya yang telah mengisahkan Kisah Nabi Nuh yang berkata: “Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Rabb seluruh alam.” (QS. Asy-Syura, 26: 109). Dan Dia berfirman kepada Nabi Muhammad; “Atau engkau (Muhammad) meminta upah kepada mereka? Sedangkan imbalan dari Rabbmu lebih baik, karena Dia pemberi rezki yang terbaik. Dan sungguh engkau pasti telah menyeru mereka kepada jalan yang lurus.” (QS. Al-Mu’minun, 23: 72-73). Maka segala puji dan keagungan hanya milik-Nya.

Kisah menarik tentang bersedekah di Mekah

 

http://www.pendapatanda.com | .
Ini kisah menarik tentang amalan bersedekah yang dilakukan oleh seorang hamba Allah ketika berada di Tanah Suci Mekah. Kisah ini saya terdengar ketika sedang memandu di kawasan Kedah dalam satu atau dua bulan sudah.
Macam biasa bila memandu seorang diri atas lebuh raya, saya akan buka radio yang ada orang bercakap sebagai teman memandu. Tak dengar CD sebab semuanya rakaman dan bukannya perbualan secara live.

Jika buka radio terutamanya siaran radio tempatan, saya boleh dengar celoteh DJ secara live dan menyegarkan. Terasa macam ada orang hidup sedang berbual dengan kita yang boleh menghilangkan mengantuk.

MCA Kata Dalam Minda Bung Hanyalah Tubuh Perempuan...



Rakyat Makin Tertekan: Bank Negara umum kadar faedah naik 3.25%

 

Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

TIADA JIHAD DI PALESTIN,RAKYAT PALESTIN MESTI KELUAR DARI BUMI PALESTIN - USTAZ MUDA UMNO

 

Written By canang on Khamis, 10 Julai 2014 | 7/10/2014 10:33:00 PTG

Share this article :

KENALI ISIS FAHAMI IRAQ

 

Written By canang on Khamis, 10 Julai 2014 | 7/10/2014 10:02:00 PTG



Nama ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.

Pasukan bola kita tidak pernah kalah dengan Jerman, kerana kepimpinan

 


Saya, hanya hendak memberikan komen secara ringan dan mungkin berseluruh sahaja tentang isu kekalahan pasukan bola Brazil yang begitu teruk oleh pasukan Germany dalam pertandingan separuh akhir piala dunia semalam.
Saya agak terhibur dengan kata-kata Najib yang kekalahan pasukan Brazil itu adalah disebabkan oleh kekurangan kepimpinan. Jika ia boleh berlaku kepada pasukan bola sepak, ia juga boleh berlaku kepada negara yang tidak berkepimpinan.

NAMPAKNYA KEDAH DULU NAK BANKRAP, PENCEN ADUN PUN DAH SETAHUN TAK BAYAQ....APA DAH JADI KATA... BN MENANG RAKYAT SENANG





KERAJAAN MUKHRIZ HADAPI MASALAH ALIRAN TUNAI SERIUS?

"LONG LIVE HITLER.." Bung Mokhtar dapat liputan BBC dan berbagai media Antarabangsa.. Tahniahlah atas kebodohannya..




Mula-mula kita baca dulu apa kata Duta Jerman ke Malaysia mengenai twit kurang bijak "long live Hitler" oleh Ahli Parlimen Kinabatangan yang trending di Twitter menurut BBC..

Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" daripada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin sempena kemenangan pasukan bola sepak pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir menentang Brazil malam tadi sebagai tidak boleh diterima.

CELCOM service macam 'TAHI' kata anak Menteri..

 



Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.

"LONG LIVE HITLER.." setelah disergah Najib, terhegeh-hegeh Bung minta maaf..

 


Meminta maaf bila menyedari apa yang dilakukan itu adalah salah atau silap tanpa sebarang paksaaan atau arahan boleh diangap sebagai ikhlas..

Tapi dalam hal Bung Mokhtar ini sebelum ini beliau cuba menegakkan benang yang basah dengan menyediakan berbagai alasan tentang twit beliau "LONG LIVE HITLER..."

Anti Islam Tetapi Dapat Hidayah Untuk Memeluk Islam

 



Niat Murtadkan Teman Wanita
GEORGETOWN - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya. 
Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

Israel guna senjata haram bunuh anak Palestin


HARAKAHDAILY



GAZA: Penelitian pasukan doktor terhadap mayat rakyat Palestin yang syahid dalam serangan udara tentera zionis didapati ditembak dengan senjata yang diharamkan pihak antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qodra berkata, Israel telah menggunakan senjata pemusnah yang mengakibatkan kebanyakan anggota badan mangsa terbakar dan ada yang hancur sepenuhnya.

Gaza: Khaled Meshaal gesa umat Islam tunjuk solidariti


HARAKAHDAILY




GAZA: Hamas mengingatkan umat Islam tidak hanya berpeluk tubuh dengan sekadar melihat apa yang dilakukan tentera zionis Isreal kepada rakyat Palestin ketika ini.

Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal berkata, negara-negara Arab dan Islam khususnya Mesir digesa berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh.

PKR, DAP kutuk keganasan Israel di Gaza


HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sewaktu umat Islam kini menjalani ibadah Ramadhan.

Beliau turut kesal dengan sikap pemimpin negara Islam, terutama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam menyatakan bantahan, lapor KedilanDaily K.

“Kita kutuk sekeras-kerasnya dan kita kesal kerana lambatnya negara Islam bertindak malah OIC baru nak bersidang,” katanya.

Sementara itu, DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel yang meneruskan serangannya di Tebing Gaza, serta mendesak masyarakat antarabangsa segera campur tangan bagi menghentikan peningkatan jumlah kematian di sana.

RUPA-RUPANYA DALAM SENYAP-SENYAP UTUSAN SUDAH MEMBUAT KENYATAAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN TSKI KERANA MEMFITNAH SATU ARTIKEL BERTAJUK: " JUAL ASET PKNS: SULTAN SELANGOR MURKA?.

 



Rupa-rupanya lidah biawak rasmi UMNO Utusan telah menyiarkan diakhbarnya KENYATAAN MAAF kerana memfitnah PKNS pimpinan TSKI pada tahun 2012 atas tajuk berita “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?”