اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 27, 2014

KKM suka rakyat makan produk ada DnA babi .. ?



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Gas memasak naik harga



Terbaru, siri gelombang kenaikan harga barang di Malaysia akan terus melonjak dengan dipacu dengan berita kenaikan harga gas asli bermula bulan hadapan Mei 2014 yang baru sahaja dimaklumkan sendiri oleh Petronas.

Suka atau tidak, bersedia atau tidak pemain industri, rakyat Malaysia perlu menghadapinya…

Piala Thomas: Khairy bodoh kata Raja Bomoh





Manusia yang mengelar dirinya Raja Bomoh, Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Identiti Pegawai Kerajaan Yang Akan Dicekup Didedahkan?

 


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengantung tugas Pengarah Imigresen Negeri Sembilan dan pegawainya, atau diarah bercuti sehingga satu siasatan lengkap dijalankan.
Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini ialah untuk mengelakkan gangguan siasatan oleh pihak polis dan KDN.

HOT!! Anak Orang Kaya Hina Kereta Orang Miskin

 

 



Sombong, berlagak, poyo! Itulah yang boleh diungkapkan terhadap seorang gadis selepas dia mengupdate statusnya di Facebook semalam. 


Dengan tulisan yang biadab dia menghina sebuah kereta yang dipercayai lebih murah daripada kereta bapanya dengan memanggil kereta tersebut sebagai 'kereta murah'.

[VIDEO] Four Corners (Australia) Interview: Lost MH370

 











Patut Lah......UMNO MEMANG CELAKA...!!!

 


Calon BN Dari Gerakan Tidak Mahu Bertanggungjawab Jika Menang ?

 

Pengundi Teluk Intan Ketawa Dengar Auta Menteri BN

Saya tak bertanggungjawab pada janji menteri' 

Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya.

HOT!! Ketua Polis Langkawi Dituduh Terima Rasuah Dan Lindungi Perbuatan Keji

 


Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib3E6IHUJmArKvRWvB72nvgyojXdDVCNnUTkNL8OQxwzQ2sjxSaArndsChAJph3dmjb2iy6WNmOq0GkaY7toTPEqvTG-63y54cab1dH4NcW4V6Us8e7UHQgqmV28Zx80qmr48SwfTgCoXX/s1600/MyWatch-3.jpgMenurutnya, beliau mendedahkan perkara ini setelah pihaknya iaitu MyWatch menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang identitinya dirahsiakan.



Jelasnya, kes pertama iaitu serbuan ke atas pusat hiburan, Supt Harrith telah mengarahkan supaya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atas alasan pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan.

UMNO Tidak Ikhlas Dalam Gabungan Barisan Nasional ?


 

Photo: Kaum Cina dikatakn pendatang dan berbagai-bagai lagi hanya kerana mereka sudah sedar bahawa BN bukan lagi sebagai gabungan yang benar2 perjuangkan kepentingan semua kaum sebagaimana yang dibanggakan selama ini. Majoriti kaum Cina sedar selama ini mereka hanya dipergunakan untuk memastikan kesinambungan kuasa golongan tertentu. Bila kuasa mereka tergugat dek beralihnya sokongan kaum Cina kepada DAP dn PR maka berbagai-bagai label dan tomahan diberikan. Sepatutnya puak2 ini berterima kasih diatas sokongan kaum Cina yg telah beri sokongan sehingga mereka kekal berkuasa selama 57 tahun. Mereka x ubah seperti kacang lupakan kulit....

✔Cina tidak bersyukur, undi DAP sebab mereka kaya, kata Zahid

OLEH ANISAH SHUKRY
MAY 26, 2014
LATEST UPDATE: MAY 27, 2014 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong semasa program bersama penduduk tempatan dan penyerahan kunci rumah di Kampung Durian Sebatang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.Hanya orang Cina akan gembira jika calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong kalah pada 31 Mei, kerana mereka sudah kaya dan tidak bersyukur untuk itu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Saya akan berasa sedih jika DAP menang sekali lagi di Teluk Intan. Orang Melayu akan menjadi sedih. Orang India akan lebih sedih.

"Tetapi orang Cina tiada terkesan kerana mereka mempunyai pelbagai perniagaan. Tetapi jika tidak kerana orang Melayu atau India yang membeli barang-barang mereka, mereka tidak akan mempunyai perniagaan.

"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan hari ini.

Beliau menggesa pengundi Cina, Melayu dan India bersatu kali ini bagi membangunkan kawasan dengan mengundi seorang lagi calon ahli Parlimen BN.

"Semua kaum mesti bersatu. Kita semua, Cina, Melayu, India, adalah sebahagian daripada satu keluarga besar, keluarga 1Malaysia. Itulah prinsip kami. "

Beliau berkata sekiranya calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud diundi, beliau tidak akan memberi perhatian membangunkan Teluk Intan atau menjaga kebajikan penduduk tempatan.

"Beliau tidak boleh berkhidmat kepada rakyat. Beliau tidak mengambil berat terhadap masalah-masalah nelayan di Durian Sebatang.

"Beliau tahu beliau tidak mampu, sebab itulah beliau cakap isu-isu seperti longkang tersumbat, rumput panjang, rumah pecah bukan sebahagian daripada tugasnya. Tugasnya hanya menyusahkan orang di Parlimen," kata Zahid.

Beliau berkata walaupun datang dari keluarga kaya, Mah bertekad berkhidmat kepada masyarakat kerana beliau lahir dan dibesarkan di Teluk Intan, tidak seperti Dyana.

"Beliau dilahirkan di sini. Semangatnya di sini. Tidak kira sama ada seseorang itu Melayu atau Cina atau India, beliau akan membantu semua orang," kata Zahid.

Pada sidang akhbar kemudian, Zahid berkata kedudukan Mah sebagai presiden Gerakan adalah lebih berfaedah daripada meletakkan calon Melayu.

"Saya rasa strategi DAP meletakkan calon Melayu untuk mendapatkan sokongan Melayu tidak akan berkesan kerana orang Melayu menjauhkan diri mereka daripada calon ini selepas beliau berkata akan menentang hudud jika menang."

Zahid merujuk kepada ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam tadi, di mana beliau memberitahu lebih kurang 200 penduduk Melayu yang Dyana akan menjadi ahli Parlimen Melayu pertama untuk Teluk Intan jika dipilih.

"Bagi orang Melayu, sesiapa sahaja yang menentang hudud adalah menentang Islam. Jadi orang Melayu di Teluk Intan akan menolak beliau kerana menentang hudud, dan hudud adalah Islam," kata Zahid.

"DAP tidak menyedari kesilapan mereka dan Anwar juga terperangkap dengan strategi salah mereka," katanya.

DAP menurunkan Dyana dengan harapan menukar imej parti yang terlalu keCinaan dan memenangi lebih ramai sokongan Melayu di Teluk Intan, selepas memenangi hanya 25% daripada 23,301 undi Melayu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi termasuk 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir. Pengundian awal dijadualkan pada 27 Mei.

Kawasan itu mempunyai 23,301pengundi Melayu (38.3%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).

DAP pertama kali memenangi kerusi persekutuan, kemudian dikenali sebagai Teluk Anson, pada pilihan raya 1969, apabila Chan Fu King menewaskan calon MCA Dr Ng Kam Poh.

Sejak persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan pilihan raya itu berubah komposisi dan watak pengundi yang membolehkan calon Gerakan memenangi kerusi itu secara berterusan dari 1974 hingga 1995, apabila M Kulasegaran memecahkan tradisi kalah DAP dengan kemenangan di pilihan raya kecil.

Mah memenangi kerusi itu untuk Gerakan pada pilihan raya umum 1999 dan mengekalkannya dalam pilihan raya 2005. Beliau hilang kerusi berkenaan kepada calon DAP, M Manogaran pada pilihan raya umum 2008 yang bersejarah, dan Seah Leong Peng pada 2013. – 26 Mei, 2014.

Credit : TMI
 
Kaum Cina dikatakn pendatang dan berbagai-bagai lagi hanya kerana mereka sudah sedar bahawa BN bukan lagi sebagai gabungan yang benar2 perjuangkan kepentingan semua kaum sebagaimana yang dibanggakan selama ini. 
 
Majoriti kaum Cina sedar selama ini mereka hanya dipergunakan untuk memastikan kesinambungan kuasa golongan tertentu. Bila kuasa mereka tergugat dek beralihnya sokongan kaum Cina kepada DAP dn PR maka berbagai-bagai label dan tomahan diberikan. 
 

Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar P'jaya PAS


HARAKAHDAILY




KUALA LUMPUR: Akhbar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan Bantu Lima Beradik’ yang disiarkan, semalam.

Tutup kilang Cadbury, saran Imam Besar Masjid Negara


BERNAMA 

KUALA TERENGGANU: Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.
  
Beliau berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.
  

Demi Dyana, ibu umum keluar Perkasa


MUHAMMAD FAIZAL


TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya, Yammy Samad hari ini mengumumkan keluar dari NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media di Bilik Gerakan DAP hari ini.

Yammy berkata tindakan tersebut diambilnya selepas melihat Dyana Sofya terus menjadi mangsa kepada serangan media pro Barisan Nasional (BN).

"Kalau isu Perkasa ini terus menjadi persoalan dan bahan kepada BN terhadap Dyana, hari ini biar saya keluar dari Perkasa," jelasnya.