اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, July 13, 2014

Zionis sasar orang awam, tiada kawasan selamat di Gaza


HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza.

Demikian kenyataan bersama Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Pengerusi Shura}, Wan Tarmizi Abdul Aziz (Timbalan Pengerusi, Teras Pengupayaan Melayu), Datin Hajah Aminah Zakaria {Pengerusi, Salimah) dan Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak) yang mengutuk pencerobohan dan keganasan tentera rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

GST: KP Kastam akui harga barangan akan naik

BERNAMA





KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat 'one-off' dan akan kembali stabil dalam masa setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.

Gaza: Hospital kehabisan ubat-ubatan


HARAKAHDAILY

GAZA: Perkhidmatan perubatan di bandar Gaza dalam keadaan kritikal ekoran peningkatan jumlah mangsa serangan tentera zionis Israel yang masuk hari keenam hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan Palestin dan hospial mungkin tidak mampu lagi menerima pesakit kerana kekurangan bekalan ubat-ubaan pada tahap kritikal.

Gaza: Jumlah kematian meningkat 135 orang


HARAKAHDAILY 




GAZA: Serangan berterusan tentera Israel terhadap penempatan awam Palestin sehingga malam tadi telah mengorbankan 135 nyawa yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.

Malam tadi sahaja, enam lagi warga Gaza syahid dibedil peluru berpandu tentera rejim manakala puluhan yang lain cedera.