Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di Malaysia hujung
minggu ini untuk bertemu beberapa pemimpin serta melawat beberapa
tempat, sejak 48 tahun selepas lawatan kali terakhir presiden negara itu
ke Malaysia.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata rakyat Malaysia
lega apabila Obama tidak bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral,
bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang," kata Awang Selamat
dalam ruangannya dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.