اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 4, 2013

nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.



NASI BUNGKUS... Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menikmati nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Sejak beberapa tahun lalu, Tuan Guru mengarahkan supaya mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang kerajaan negeri.

Gambar ini dirakamkan pagi semalam, sewaktu beliau bersarapan pagi kira-kira jam 10.35 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.

Semalam adalah mesyuarat exco terakhir untuk penggal ke-12 selepas Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri jam 10.36 pagi semalam.



,,,nur shuana,,,




Ops..bakal PM sbb skrg Malaysia tiada PM kerana Parlimen sudah bubar hehehe........

Saya ingin bertanya kepada anda apakah ciri2 yang perlu kita cari daripada seorang Pemimpin yang ingin kita lantik untuk memimpin kita?

1. Pertama lihat samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?

2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?

3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?

4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

PAS meminta kerajaan sementara mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.


..Nur Shuana..
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.
"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.
11 perkara itu adalah:
i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;
x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.
"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz.