اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, August 14, 2014

Persoalan Hutang MB Selangor

 



 Setelah saya mendengar video penjelasan Azrul Azwar (AA), saya menjadi lebih keliru dengan alasan yang diberikan, Pertama sekali penjelasan AA sama sekali tidak menjawab persoalan pokok yang sebenar tetapi menimbulkan pula keraguan-keraguan lain yang pelik dan menghairankan.

Apakah Khalid Matlamat kita atau menumbangkan Umno?

 



Pakatan adalah kerajaan di Selangor. Khalid tidak berparti untuk mengepalai eksekutif! Dia bukan ahli dari mana-mana parti dalam Pakatan.

 Malulah kamu wahai Khalid! Kamu tidak ada maruah diri dan hanya mempamerkan dendam kesumat apabila memecat exco!

Isu MB Selangor : Apa kata Mat Sabu, Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa....

 



2 Adun PAS memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS

 



Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

PEMINTA SEDEKAH BUTA PANDU KERETA SENDIRI SETELAH SELESAI MEMINTA SEDEKAH.

 



Omak Kau mendapat berita dengan gambar yang berbunyi seperti berikut:-

TOLONG SEBARKAN perkara ini. Mendapat maklumat dari seorang rakan. Kereta ini milik pasangan peminta sedekah di area Masjid Tanah. Isterinya memimpin suami yang buta untuk meminta simpati orang ramai. Selepas selesai meminta sedekah, pasangan itu akan pergi ke kereta No.plat KCV 4521. Setibanya disana, Si suami yang buta tadi memandu dengan selamba kereta tersebut.

Tiga ADUN PKR dilaporkan keluar parti PAS layak tuntut jawatan menteri besar

 



Ketiga-tiga Adun PKR yang terdapat dalam gambar dipercayai akan keluar parti tidak lama lagi bagi menyokong Khalid Ibrahim.

Sesungguhnya ini adalah berita baik untuk PAS jika ingin mentadbir negeri ini dan membuktikan Islamiknya parti itu.

Rakyat perlu di beritahu apa yang berlaku, dan PAS lebih arif tentang keadaan sebenarnya

 

Wan Azizah membuat deklarasi yang beliau mendapat 30 undi sokongan dalam Dewan Undangan negeri Selangor dan beliau mempunyai hak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid yang telah di pecat dari partinya dan tidak mempunyai cukup bilangan ahli Dewan Undangan menyokong beliau.
Wan Azizah mendapat sokongan dari dua ADUN PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyokong beliau dan tidak bersama Khalid. Jika itu ada kebenarannya maka elok di bawa ke Dewan Undangan dan lakukan usul tidak percaya terhadap Khalid. Dewan akan bersidang November ini dan usulkan sahaja undi tidak percaya terhadap Khalid.

TERHOT! MESEJ ANCAM 2 ADUN PAS SELANGOR MELETOP DI WHATSAPP

 

Mesej ancam 2 ADUN PAS S'ngor viral di whatsapp


Gara-gara mempertahankan keputusan musyawarah Muktamar sejak 2009 ingin PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat, dua ADUN Selangor didedah menerima tekanan berganda pihak tertentu, dipercayai pro Geng Bas Sekolah.

TINDAKAN SHAARI SUNGIP & HASNOL DEMI SELAMATKAN PR

 



Adun PAS sokong Wan Azizah jadi MB Selangor sedia dipecat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib bersedia dipecat PAS kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan tetapi menegaskan prospek menjadi Adun bebas tidak akan mengubah keputusannya.

Gara-gara `Like' I Love Israel di Facebook, Pelajar tingkatan 5 disiasat di bawah Akta Hasutan

 



Seorang pelajar Tingkatan 5 di Pulau Pinang disiasat mengikut Akta Hasutan selepas menekan "Suka" di laman peminat "I Love Israel" di laman sosial Facebook.

<1--more-->Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) akta tersebut.
Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas gurunya mengetahui tindakannya menekan "Suka" di laman sosial itu.

Surat Terbuka Untuk Anwar Ibrahim

 



Salam Datuk Seri, Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini.

Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.

Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan? Atau Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar? Kedua-dua objektif itu berbeza.

Apa yang berlaku itu semua ada hikmahnya

 


Kekalutan di Selangor yang belum lagi selesai sekarang ini, banyak perkara dan isu dapat difahami dan sebagaimana orang yang beragama percaya di dalam segala-gala yang buruk yang berlaku akan ada hikmahnya. Jika tidak berlaku yang terburuk tidak akan tiba yang terbaik. 

Apabila keadaan yang amat buruk berlaku kita bersabar dan belajar lagi kenapa keadaan itu berlaku. Jika cepat kita memahaminya, maka yang baik dan terbaik akan timbul.

VIDEO - ADUN Morib : 'Akar Umbi' PAS setuju tindakan saya sokong Wan Azizah

 VIDEO - ADUN Morib : 'Akar Umbi' PAS setuju tindakan saya sokong Wan Azizah


Khalid mahu undi tidak percaya

HARAKAHDAILY 



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor dilakukan bagi mengesahkan dakwaan Ahli Dewan Negeri (Adun) Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid mahu dakwaan yang dibuat Dr Wan Azizah diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.