اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 24, 2014

EKSKLUSIF : Kapten Nik Huzlan Pertikai Bukti Daily Telegraph & Analisa Terperinci Mengenai Satelit China Jumpa “Objek MH370″




Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.

MH370: Masih ada harapan, jarang temui objek besar di Lautan Hindi, kata pakar


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar 22.5 meter x 13 meter. Saintis marin Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan berkemungkinan serpihan pesawat kerana skalanya bertepatan dengan pesawat, dan mengatakan kontena juga tidak sebesar itu.  – Gambar satelit China, 24 Mac, 2014.  
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar 22.5 meter x 13 meter. Saintis marin Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan berkemungkinan serpihan pesawat kerana skalanya bertepatan dengan pesawat, dan mengatakan kontena juga tidak sebesar itu. – Gambar satelit China, 24 Mac, 2014.

Perghhh..Masih Menteri Kata Undi BN Meningkat ?.... Betui Ka Ni..

 


Ini kenyataan seorang menteri..mungkin dia terlampau syok kut..

MH370 - Terkini: SAR Lapor Lebih Banyak Visual Objek Dilihat

Pada akula...aku tak yakin yang MH370 terhempas di laut
Yang aku bimbang kita dikencing oleh US dan kuncu-kuncunya

Pasukan Cari MH370 Lapor Lebih Banyak Visual Objek Dilihat
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari antarabangsa melaporkan lebih banyak visual objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
"Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian," kata pemangku Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Objek itu tidak dikenal pasti dan masih belum lagi konklusif untuk dikaitkan dengan MH370."
Beliau juga berkata, tentera laut Australia HMAS Success mengesan dua radar yang menyasarkan di kawasan pencarian, tetapi tidak dapat mengesan objek berkenaan.
Hishammuddin turut berkata, pesawat mencari dari China dilaporkan melihat objek dalam kawasan pencarian Australia.
Bagaimanapun, beliau berkata "objek-objek ini bukan di kawasan objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Australia pada minggu lepas".
Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott , mengatakan bahawa pesawat carian mengesan dua objek di dalam kawasan pencarian Australia, iaitu satu empat segi panjang dan satu bulatan.
"HMAS Success berada di kawasan itu, dan objek itu mungkin boleh diambil dalam beberapa jam yang akan datang, atau paling lewat menjelang pagi esok," katanya. - sumber

MH370: Kapal Terbang China Nampak 2 'Objek Putih Besar Terapung' Yang Mencurigakan

Malaysian Airlines Flight MH370: Chinese plane spots floating 'white objects' in search
China sends ship to MH370 search area after spotting two large "suspicious objects" and "many" smaller white objects
Crew members of Chinese icebreaker Xuelong search for the missing Malaysia Airlines Flight MH370 

Tom Phillips in Shanghai and Jonathan Pearlman in Kuala Lumpur
9:18AM GMT 24 Mar 2014

Fuh, Kos untuk Laksana GST RM365 Juta!



[MK] Kos dan perbelanjaan yang diperuntukkan untuk kempen dan iklan cukai perkhidmatan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 mencecah RM365 juta.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab pertanyaan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berhubung kos kempen dan iklan cukai itu.

MH 370 - Barat mula kaitkan rampasan dengan Islam

Ketika Amerika terdesak untuk mennyelamatkan diri daripada syak wasangka yang logik berkaitan kehilangan MH370, barua-baruanya mula mencipta gimik baru untuk mengalih pandangan dunia ke arah selain Diego Garcia.

Tiada siapa yang lebih berkepentingan terhadap manusia-manusia bijak pandai dalam pesawat MH370 selain Amerika. Amerika kini tertekan akibat kebangkitan China dalam dunia persenjataan moden yang mana akan menempatkan diri sebagai kuasa tentera terkuat dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

MH370 masih tak jumpa, MH066 pula terpaksa mendarat di Hong Kong kerana...



Pesawat MH066 dilencongkan ke HK...

Satu penerbangan Malaysia Airlines ( MAS) pesawat Airbus A330-300 yang dijadualkan ke Incheon, Korea Selatan, terpaksa dilencongkan dan mendarat di Hong Kong hari ini kerana "generator pesawat tidak beroperasi ".

Beliau Pernah menjadi Drummer rock 90 Ukays ,Malaysia. BERJIHAD menentang Rejim Hizbullah(Syi'ah) dan Basyar al Asad,,


Beliau Pernah menjadi Drummer rock 90 Ukays ,Malaysia.

Dikenali sebagai ali kini berada di Syria bersama (ustaz) Mohd Lotfi Ariffin BERJIHAD menentang Rejim Hizbullah(Syi'ah) dan Basyar al Asad,,

Semoga kalian dianugerahi mati Syahid...

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=630228570357531&set=a.442849332428790.93284.100001111803256&type=1&theater

MH370:Pusat Media di PWTC,MURAL gambar PAS ganas juga di PWTC.

 Foto menunjukkan mural yang dilukis pelukis .Cuba hayati,MURAL itu ada niat jahat.Dalam pada itu, Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Pusat mengecam penghasilan mural berniat jahat di PWTC yang menggambarkan seolah-olah PAS terlibat dengan keganasan

Australia Sahkan Temui MH370?

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, kemungkinan serpihan milik penerbangan MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku menteri pengangkutan itu mengesahkan perkara itu pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini."Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menghubungi Perdana Menteri memberitahu mengenai penemuan dua objek di kawasan pencarian.

SEORANG PETUGAS KEADILAN DITAHAN DIREMAN 1 HARI ATAS KESALAHAN CUBA MENGHALANG PIHAK POLIS SEMASA PRK KAJANG.




Solidariti untuk Bro Zulfikar Ali Ariffin

4 GAMBAR TIGA SEKELUARGA MAUT TIGA LAGI CEDERA PARAH APABILA KERETA TOYOTA VELLFIRE HANCUR REMPUH BELAKANG LORI..

 


 
 
 

Juru foto tempatan lakukan kejutan


Juru foto tempatan lakukan kejutan
 
KOTA BHARU: Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan (HIPA), Dubai baru-baru ini.

MH370: Kapten Zaharie dan panggilan wanita misteri



perkembangan terkini MH370 | pencarian pesawat MH370


  • Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul : Betul Ke Program Tersebut Diperlekehkan ?



Ya ke ada yang MEMPERLEKEHKAN Program SELAWAT PERDANA MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL yang telah disertai sama oleh Ulul Amri Umno Datuk Seri Hj Najib dan Isteri beliau Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor, kalau betul ada memang TAK PATUT beb. Lu orang pun AGAK-AGAK lah kalau ya pun lu orang adalah Penyokong Pembangkang beb.

FBI Siasat Isteri Kapten Zaharie

Isteri kepada juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Faizah Khan akan disoal siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut.

Daily Mirror melaporkan ejen perisikan Amerika itu akan menerajui siasatan berhubung latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar) dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

will Kajang be the spark that lights up the prairie fire?



The Kajang-move has been discussed lopsidedly. Discussions centred on what it means for Pakatan. Didn’t Kajang provide BN an opportunity to regain lost trust? It didn’t want the Kajang election true, but it was not stupid to just let the opportunity go. Once an election is held, everyone has a fair chance. BN has the money to buy the election. 

RUU Perbekalan Tambahan (2013) 2014 dibentang


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membentang Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi tahun 2013 sebanyak RM2.392 bilion (RM2,392,077,572).
  
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
 

PRK Kajang terjemah sokongan rakyat kepada PR

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang semalam menunjukkan terjemahan sebenar sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan undi popular terhadap PKR hampir mencecah 60 peratus, ianya satu kejayaan yang sangat membanggakan.

Malah kata Anwar, lebih mengujakan apabila Pakatan Rakyat melalui calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi undi Melayu pada PRK tersebut.

Kajang telah memilih – Satu tinjauan pemantau pilihan raya



DENGAN berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang pada 23 Mac 2014, maka berakhirlah satu lagi episod dalam pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan institusi awam terutama pasukan keselamatan kita, PDRM. 

TG Nik Aziz ucap terima kasih kepada pengundi Kajang Mar 24, 2014

MIJIE YUSOF 
 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS menyifatkan rakyat Dun Kajang faham perkembangan semasa politik sesuai dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi di sana.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila ada banyak banyak universiti atau institusi pengajian tinggi serta bank ia menggambarkan penduduk di kawasan golongan cerdik.

“Terima kasih pengudi Kajang biar pun mereka berdepan kempen Umno dengan menggula-gulakan pelbagai projek dan bantuan namun mereka lebih matang.

Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang 7 April

KAJANG: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang pada 7 April ini.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh memberitahu demikian pada sidang media di Pusat Pengiraan Undi, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian selepas Dr Wan Azizah diumumkan memenangi PRK Dun Kajang.