Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Syarhan Humaizi diambil keterangan oleh polis sebaik selesai solat hajat di KLIA sebentar tadi. Tapi bomoh yang sudah beberapa kali menjalankan ritual khurafat tidak ada sebarang tindakan. Malaysia Boleh!
Friday, March 14, 2014
Rosmah bazir lebih RM400,000 ke Qatar guna jet kerajaan
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Tidak sampai dua hari Datuk Seri Najib Razak menasihati rakyat agar bijak berbelanja, Parlimen mendedahkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan RM400,000 wang rakyat untuk kos penerbangannya ke Qatar November lalu.
Parlimen mendedahkan perkara itu dalam satu jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung kos itu yang menggunakan jet rasmi kerajaan.
Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan ia sebagai satu pembaziran nyata, kerana penerbangan dua hala untuk kelas bisnes menggunakan syarikat penerbangan seperi Qatar Airways hanya menelan belanja RM13,205.
“Jika isteri Perdana Menteri bawa sepuluh pengiring bersama pun, ia tidak akan mencecah RM400,000,” katanya, menurut Malaysiakini.
Menurut jawapan itu, sejumlah RM196,614.31 digunakan untuk bahan api, RM229,875.15 untuk pengemudian, terbang lintang dan ejen pengendalian darat.
Sehubungan itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu mengkritik Najib yang baru sahaja menasihatkan rakyat agar bijak berbelanja pada Majlis Pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut 2014, Isnin lalu.
“Di manakah moral Najib yang cari ayam RM1, sedangkan isterinya membelanjakan wang kerajaan dengan keterlaluan,” katanya lagi.
Pada program itu, Najib menunjukkan ‘kejayaannya’ mendapatkan seekor ayam dengan harga itu, di NSK Trade City, di sini.
“Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan,” kata Najib pada majlis itu.-
Roketkini.com
http://www.roketkini.com/2014/03/12/rosmah-bazir-lebih-rm400000-ke-qatar-guna-jet-kerajaan/
Subscribe to:
Posts (Atom)