اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 22, 2014

DESAS DESUS DATO' UJANG BAGONG SOKONG CALON BN TERJAWAB ... GAMBAR TERBARU DATO' UJANG BAGONG DI PROGRAM KEADILAN BERSAMA DSAI DAN DSWA MALAM INI DI SG KANTAN KAJANG.



Desas desus kononnya Dato' Ujang Bagong memberikan sokongan kepada calon BN Chew Mei Fun PRK Kajang ini terjawab dengan sendirinya apabila beliau kelihatan malam ini bersama-sama dengan DSDAI, DSWA dan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid disuatu program KEADILAN di Sg Kantan, Kajang.

Ini Mesej Fitnah - Jangan Percaya!!!

 

Tadi aku ada tengok tv3. Aku yakin apa yang polis sebutkan mengenai mesej2 berbaur spekulasi yang membabitkan isu keselamatan ada kaitan dengan penyebaran mesej kat bawah neh.

Untuk rekod, mesej yang tersebar kat bawah neh fitnah semata2. Tak sure sapa sebar, sapa tulis dan apa motif mereka cuma aku nak tegaskan benda neh fitnah. Ia takde kena mengena dengan PKR ataupun PR.

PENGGUNA ELEKTRIK DI SABAH MENGELUH KERANA DIKENAKAN CAJ BENTUK BARU DINAMAKAN KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU.


Selain dari tarif elektrik yang sudah dinaikkan pengguna negeri Sabah dikenakan juga caj diberi nama Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu.

GAMBAR LAMBOGHINI KEMALANGAN DENGAN TEKSI DAN TRELLAR DI PALOH - GUA MUSANG


Video : Anwar Hentam Raja Bomoh

                                                                                
KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.

Pencarian MAS MH370 di Lautan Hindi dengan teropong pulak


 
 Reuters 
 
Perth - Mencari objek di tengah Lautan  Hindia  dengan gelombang besar bukanlah tugas yang mudah. Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini bergantung pada teropong binokular dan kemampuan mata manusia untuk mencari lokasi pesawat atau benda yang berkaitan dengan pesawat tersebut.

Khalid kekal MB Selangor, kata Dr Wan Azizah


Oleh Mohd Farhan Darwis March 22, 2014  
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal MB Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal MB Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini berkata beliau tidak tahu jika pertukaran jawatan menteri besar Selangor akan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berakhir.

CEO MAS Pendusta, Dulu Kata Hanya Manggis, Rupanya Bawa Lithium Ion Yang Merbahaya



Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.

Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.

Berita Terkini MH370 : Pihak China Dakwa Satelit Rakam Imej Terbaru

Sabtu, 22 Mac 2014


Satelit China


Enam hari selepas Pihak Berkuasa Australia MENGESAN Dua Imej Objek menerusi Satelitnya, hari ini China Mendedahkan bahawa Satelit Milik Negara itu Merakamkan Imej Objek berukuran 22 meter dan Kelebaran 13 meter di Koridor Selatan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media khas yang berlangsung di KLIA petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

Anwar Ibrahim cabar Zahid letak jawatan

Saturday, March 22, 2014

 

Anwar Ibrahim
 

KAJANG - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

PRK Kajang: Molokov cocktail diletak di bilik gerakan PKR


KAJANG: Sehari sebelum pengundi Kajang membuat pilihan untuk memilih wakil rakyat, kempen ganas dan kotor terus mencemari kempen pilihan raya kecil Dun Kajang.

Awal pagi tadi, sebutir molokov cocktail didapati mencemari bilik gerakan PKR dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Satelit China kesan objek terapung di koridor selatan

SEPANG: Imej statelit China telah mengesan objek-objek yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terapung di koridor selatan.
  
Maklumat 'panas' tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini hari ini.

"Berita yang saya baru terima, Duta China menerima imej statelit objek-objek yang terapung di koridor selatan dan mereka kini menghantar kapal-kapal untuk mengesahkannya," katanya.

Jom Turun Kajang Malam Ini - Kempen Malam Terakhir !

Saturday, March 22, 2014




Photo: Jom Turun Malam Ini Ceramah Grand Final Sebelum Hari Mengundi Esok... In Shaa Allah Pengundi Kajang Akan Berikan Majoriti Yang Lebih Besar Dari PRU13 Yang Lepas...

Wanita ketuai Tentera Laut Australia cari MH370

MELBOURNE: Seorang wanita Australia memainkan peranan penting dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
  
Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi ini, memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.
  
Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.

On Political Platforms in the Kajang by-Election. Manifesto vs MONEYfesto.

 

 

Saturday, 22 March 2014


Last night, I attended the launching of Reformasi 2 at Kajang stadium. The stadium was filled to the brim. It was a huge crowd. As usual this morning, after waking up with arithmetitis, mainstream media will downplay the size of the huge crowd. Maybe 232 attnded. 

Siapa dalang yang memberi maklumat kepada Daily Mail sehingga Kapten Zaharie dituduh ada kaitan dengan kehilangan pesawat?

 
Sabtu, Mac 22, 2014 | Author: Tuk Kiyai 
 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau.

Din tanya kenapa nak tolak BN/UMNO

22 March 2014

Bila Dr.Wan Azizah doa Din kata jangan percaya... Tapi kalau Puteri UMNO berjoget macam kera, apa pula mana citernya boleh percaya ke... 

Muhyiddin: Kenapa nak tolak BN...

Dalam mesej yang dilihat ditujukan kepada penjawat awam,Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka tidak menolak BN kerana parti itu lebih berpengalaman mentadbir negara berbanding Pakatan Rakyat.

TUPAI BAKAL JATUH DARI PESAWAT GERGASI 777-200 (MH370)?

Saturday, 22 March 2014

PESAWAT BERHARGA US261.5 JUTA (RM863 JUTA) BOLEH HILANG BEGITU SAHAJA?
21 MARCH 2014
MH370 : 9 Jam Pertama
Bhai/DeeDee semua...
Dalam 9 jam pertama selepas pesawat MH370 didapati hilang daripada imbasan radar awam sehingga ianya diumumkan adalah satu masa yang agak panjang... 
Dari lokasi asal pesawat dikesan hilang... Ianya cuma mengambil masa tidak sampai 20 minit untuk pesawat MH370 kembali ke persisiran pantai Kelantan/Terengganu. Mengikut kiraan masa, sekitar pukul 2, pesawat itu boleh mendarat di Gong Kedak.

Tidak kurang daripada 10,000 orang membanjiri stadium kajang pada malam tadi sempena majlis pelancaran Reformasi 2.0.

Saturday, March 22, 2014

[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Pelancaran Reformasi 2.0 Di Stadium Kajang Malam Tadi



 

 

Pada jam 11.40 malam, Anwar Ibrahim telah naik ke pentas diiringi dengan tepukan gemuruh hadirin, membuktikan beliau masih merupakan satu kuasa yang disegani, lapor malaysiakini.

Anwar telah membidas BN kerana memberi taklimat kepada media asing termasuk tabloid UK Daily Mail yang menyiarkan berita yang mengaitkan beliau dengan krisis kehilangan pesawat MH370.

Berucap kepada hadirin di Stadium Kajang, Anwar berkata beliau tahu siapa yang diberi taklimat kepada Daily Mail dan media UK.

Menurutnya, apabila artikel itu disiarkan, semua blog Umno dan cybertroopers mula menyerangnya.

Anwar menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya.



Anwar pertahan Kapten Zaharie, pertikai siapa bagi maklumat ke Daily Mail

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau.
"Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwar dengan Zaharie. Saya hendak beritahu jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga. Dia hanya juruterbang professional.

“Kamu cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti. Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie,” katanya.

Beliau dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat sebelum ini kesal kerana permohonan mereka agar kerajaan memberikan penjelasan di Parlimen mengenainya ditolak.
"Bagi penjelasan kat Parlimen tak nak. Kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar. Zaharie adik beradik dengan menantu Anwar. Siapa adik beradik saya salah. Siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik?” katanya.

Anwar berkata, Kapten Zaharie, juruterbang MH370 itu tidak boleh dipersalahkan dalam misteri kehilangan peesawat itu selagi belum didapati bersalah.

Katanya, sokongan sepenuhnya perlu diberikan kepada keluarga juruterbang dan kerajaan perlu segera menghentikan spekulasi melibatkan juruterbang itu.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masuk minggu ketiga.

Beliau berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu meletakkan jawatannya sekiranya gagal memberi penjelasan bagaimana radar Malaysia gagal mengesan hala tuju pesawat itu.

Katanya, kegagalan Malaysia mengesan hala tuju pesawat berkenaan melambangkan krisis keselamatan yang serius dalam negara meskipun dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Kenapa radar tidak berfungsi dan perlu dijawab oleh menteri pertahanan. Jika beliau gagal memberikan jawapan maka perlu meletakkan jawatan. Isu ini membabitkan keselamatan negara. Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menyelar kerajaan persekutuan Umno Barisan Nasional (BN) sengaja menggunakan badan kehakiman bagi menghalangnya bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Ketua pembangkang itu berkata, segala aset dan kekuatan yang digunakan kerajaan bagi menghalang perjalanannya dalam kerjaya politik tidak akan dapat mengaburi mata kasar rakyat.

"Saya sebut Langkah Kajang, mahkamah awalkan (perbicaraan). Daripada nak jadi Adun Kajang, dia nak hantar pergi Penjara Kajang. Celaka. Dia ingat rakyat bodoh. Mahkamah adalah tunggak yang dijamin Perlembagaan. Namun tunggak itu satu demi satu kian rapuh.
"Saya tunjuk di muka menteri. Kamu ingat kamu zalim, kamu peralatkan hakim, kamu salah laku. Kami akan diam? Saya nak beritahu, rakyat akan bangkit lawan kamu habis-habisan. Rakyat boleh menolak jika diizinkan Allah,” katanya ketika berucap di Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar namun membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada minggu berikutnya.

Dengan hukuman ini, kerjaya politik Anwar hampir berakhir setelah beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang akan diadakan Ahad ini.

Anwar berkata, selepas ini akan lebih ramai pemimpin pembangkang dihadapkan ke mahkamah namun ia tidak akan mampu melunturkan semangat rakyat.

Katanya, perlakuan kerajaan Umno dan BN itu tidak diubah seperti samseng yang akan menambahkan lagi rasa tidak selesa yang seterusnya membakar keinginan rakyat untuk menggulingkan kerajaan.
"Jumaat saya dihukum. Isninnya pula Karpal Singh dan sekarang beratur yang lain seperti (Ahli Parlimen Seremban) Anthony Loke, (Ahli Parlimen Pandan) Rafizi Ramli dan (Ahli Parlimen Batu) Chua Tian Chang. Puluhan lagi. Negeri apa ini? Saudara hendak biar samseng itu terus berkuasa?

"Apakah undang-undang itu boleh dijadikan alat perkakas untuk dipermainkan? Kamu boleh fitnah sebanyak mungkin, kamu boleh guna jentera sebanyak mungkin. Guna wang dan beli orang sebanyak mungkin. Rakyat tetap bangkit dan gulingkan kamu daripada tampok pemerintahan,” katanya.

Ketua umum PKR itu berkata, pengundurannya daripada bertanding dalam PRK Kajang menjadikan Pakatan Rakyat (PR) tampil dengan calon yang lebih berkredibiliti.

Katanya, segala yang ditakdirkan tidak sesekali mematahkan semangat perjuangan dalam arena politik meskipun tohmahan dan fitnah terus dilemparkan.

"Sekarang dia nak halang saya bertanding di Kajang. Dia dah lantik (Datuk Seri Dr Wan) Azizah seorang yang lebih layak untuk bertanding di Kajang. Saya pasrah kalau ditakdirkan saya derita lagi. Saya sedia tetapi saya tidak undur setapak pun daripada perjuangan ini.

“Jangan ugut saya. Saya tahu saya bukan muda tetapi saya tidak boleh menerima fitnah ini berterusan. Saya sedikit pun tidak menyesal dan salahkan Kajang. Baru hendak langkah Kajang sudah kena lima tahun penjara,” katanya dalam himpunan yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. -TMI
Kelab Greenboc

Aurat: Jangan kerana ingin sihat, laknat pula kita dapat

ISLAM menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan serta ketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkan aktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalam hal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?

Saturday, March 22, 2014


Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri UMNO yang satu-satunya telah di'bina' imej islamiknya walaupun dia ini bercakap Islam pun tak tahu. Kalau dulu Tun Abdullah Badawi yang memang diketahui mempunyai latar belakang Islam tetapi imej yang ditonjolkan tidak "berlebihan' islamiknya mengalahkan 'ulama pondok' seperti Najib.

Konsert maut: Mengapa Shabery terus membisu?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terus membisu ekoran insiden kematian remaja pada Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil baru-baru ini.

Katanya, sepatutnya menteri itu tampil memberi penjelasan kerana program tersebut mendapat kelulusan daripada kementerian tersebut.

"Saya hairan kenapa mereka terus membisu sedangkan insiden tersebut telah seminggu berlalu.

"Sepatutnya kementerian bertanggungjawab dalam isiden itu kerana mereka yang memberi kelulusan dan lagi satu kenapa perlu program sedemikian untuk mempromosikan negara," kata beliau kepada Harakahdaily.

MH370 ... THE TELEGRAPH DEDAHKAN KEPADA DUNIA KOMUNIKASI 54 MINIT TERAKHIR DENGAN MENARA KAWALAN SEBELUM HILANG.

Saturday, 22 March 2014


PEKIDA sanggup bermandi darah demi MH370



11:09    No comments PEKIDA ni meroyan lagi. Dalam isu anti hadis Kassim Ahmad, mereka senayp sunyi. Dalam isu khurafat 'raja bomoh'mereka juga senyap sunyi. Hanya berkokok, ekor bergelumang tahi. Tambah pilihanraya Kajang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Macam itulah taktik kotor NGO pro UMNO.

Kalau betul PEKIDA sanggup mandi darah kerana mempertahankan Islam, kenapa tak 'mandi junub' bila melihat ada beberapa orang dah mati dalam Future Music Festival di Bukit Jalilkonsert Festival Asia hari itu. Islam jenis apa PEKIDA ni? Islam jadi-jadian? Sudahlah. Orang dah bosan.

Reformasi 2.0 digerakkan seluruh negara


KAJANG: Pakatan Rakyat bertindak melancarkan Reformasi 2.0 secara besar-besaran, di Stadium Kajang, malam tadi.

Pelancaran Reformasi 2.0 itu yang bermula di Kajang, seterusnya akan digerakkan di seluruh negara, sebelum kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur.

PRK Kajang petunjuk Dr Wan Azizah boleh jadi PM wanita pertama Malaysia Oleh Lim Kit Siang

Posted on March 21, 2014 by

WIRA3044 (1)
Surat Terbuka kepada pengundi-pengundi pilihanraya kecil Kajang dari Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Jumaat, 21 Mac 2014:
Seruan Ketiga kepada para pengundi Kajang – bersatulah memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihanraya kecil Ahad ini bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia
Saya telah mengungkapkan dua harapan terhadap pilihanraya kecil Kajang hari Ahad ini.
Pertama, para pengundi Kajang akan mencipta keajaiban dengan menyebabkan calon Barisan Nasional hilang wang pertaruhan pada hari mengundi 23 Mac nanti.

Dr Wan Azizah lawan Chew Mei Fun, UMNO berzumba tepuk tangan

 Oleh Izmil Amri



1959281_10152220471629192_147746800_n

DAP tidak bertanding. Yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ahad ini ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah bukan calang-calang calon dan jika mengalami kekalahan sudah pasti di mana PKR akan sorok muka dan menanggung malu dan nak lari bersembunyi?

Penyiasat teliti rekod panggilan telefon juruterbang

SEPANG: Pasukan penyiasatan sedang meneliti rekod panggilan telefon juruterbang pesawat MH370 Kapt Zaharie Ahmad Shah dari kokpit, yang dilaporkan dibuat beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.

Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

AMSA kerah enam pesawat cari MH370 hari ini

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengerahkan enam pesawat untuk menyertai operasi mengesan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
  
AMSA dalam satu kenyataan di sini, berkata sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi.
  
"Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang," kata kenyataan itu.

10,000 sertai Reformasi 2, 'Kajang Move' diteruskan


KAJANG: Perhimpunan Reformasi 2.0 menyaksikan hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 23 orang pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, PKR dan DAP tampil di atas pentas memberi ucapan berapi-api membidas kezaliman kerajaan Umno BN terhadap rakyat.

Orang ramai mula membanjiri Stadium Kajang seawal jam 8.00 malam menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di semua arah.