اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 31, 2013

Biar Gambar Yang Berbicara.

NUR SHUANA








Live di radio Suara Rakyat FM malam ini 31/3/2013 ..minta sebarkan

FACEBOOK

TWITER

Zello Live conversation : Suara Rakyat


HOW TO LISTEN RADIO SUARA RAKYAT FM?


Quick Listen Link:

TUNEIN RADIO On MOBILE DEVICE

Supported Mobile Devices
iPhone / iPad
Android
Palm
BlackBerry
Samsung Bada
Windows Phone



NAJIB PERGI MEKAH MINTA DOA


nur shuana

MENGAPA tiba-tiba saja pergi umrah TAKUT KALAHKAH? Baguslah kalau rasa nak duduk di depan Kaabah selamanya baik. Insaflah, dah banyak dosa yang kamu lakukan terhadap rakyat Malaysia. Lupakan saja soal mengejar pangkat dan darjat kerana rakyat sudah tolak kepimpinan fitnah yang bermaharajalela

Mengapa pilih tarikh untuk buat umrah di saat akhir untuk ke Mekah jika bukan kerana ada masalah risikan mengatakan yang UMNO akan kalah? Masalah jiwa dan masalah ketakutan yang amat sangat nampaknya menghantui jiwa yang angkuh dan tamak ini.

Malangnya pendedahan video seks yang melibatkan Papagomo semakin hari semakin jelas pembohongannya. Akhirnya, langkah yang tersepit ini diambil kesempatan oleh papagomo untuk meminta Najib berdoa untuknya sekali kerana telah melakukan berbagai kesalahan terhadap rakyat Malaysia. Hebat sungguh Si Papagomo kerana ada orang lain yang jadi tukang minta ampun bagi dirinya.


KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.

“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.

Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.


Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.

“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.

“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa. Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?” kata Anwar.

Saturday, March 30, 2013


Bongkar | kenapa tidak Umno!!!

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mungkin menimbangkan untuk membatal pendaftaran DAP digesa mengkaji juga dakwaan wujudnya ribuan cawangan Umno yang tidak berdaftar di seluruh negara.

Cawangan itu dikatakan tidak didaftar selepas penubuhan Umno Baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988.

Demikian kata Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Bloggers Revolusi13 dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurut Tarmizi, selepas pengharaman Umno ekoran pertembungan antara Tun Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah, semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan Umno lama secara automatik terbatal.

Bagaimanapun terdapat kecenderungan ROS untuk menyembunyi dan melindungi perkara ini daripada pengetahuan awam.

Sebaik Umno Baru ditubuh, proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula, tetapi banyak peringkat cawangan dan bahagian tidak mendaftar semula organisasi mereka tanpa disedari, ujar beliau.

Selain itu, banyak cawangan tidak menghantar dokumen tahunan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Mengulas isu ini, Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin berkata, dalam sistem perwakilan, mana-mana cawangan Umno yang tidak sah menghantar perwakilan ke bahagian, maka bahagian itu secara automatik akan bersifat haram, dan bahagian yang menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung akan turut menyebabkan ia juga haram.

Hal itu, katanya, terdedah pada 2008 dalam Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan selepas ahli yang mahu bertanding jawatan didapati tidak membayar yuran dan berasal daripada cawangan haram.

Ia telah dibawa ke mahkamah. Melalui proses mahkamah, dibuktikan ada 126 cawangan Umno di Tanah Merah tidak berdaftar dan dibatalkan pendaftarannya selaras dengan Seksyen 12(6) Akta Pertubuhan 1966. Ini diakui Setiausaha Agung Umno dan ROS.

Chegu Bard berkata, carian di Pejabat ROS menunjukkan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan, dipercayai berstatus haram.

Malah kini, carian awam berkenaan status cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sudah tidak boleh dibuat di Pejabat ROS negeri, sebaliknya diminta mendapatkan maklumat berkenaan di Ibu Pejabat ROS di Putrajaya.

"Ini menimbulkan tandatanya. Sepatutnya carian mendapatkan salinan dokumen ikut Seksyen 10(1) Akta Pertubuhan 1966 boleh dibuat di negeri kecuali ada kes jenayah, atau apa-apa kes baru dirujuk ke Putrajaya," kata beliau.

Mereka bercadang untuk mengadakan Sidang Media dan Ikrar Khas Bloggers / Facebookers Haramkan Umno Ahad ini lanjutan kepada sidang khas berkenaan.

Ia akan diadakan jam 10 pagi di Dewan Himpunan Cina Selangor/Kuala Lumpur (KLCAH).

Kali ini semua media cetak dan media baharu dijemput untuk diberi taklimat dan melaporkan tentang isu "Umno Haram" disamping diperkukuhkan dengan ikrar para bloggers dan facebookers untuk menggerakkan kempen dan mendedahkan kepincangan Umno dalam mendaftarkan cawangan dan bahagian parti itu di seluruh negara sehingga menyalahi undang-undang ROS, kata Tarmizi dalam satu kenyataannya.

Friday, March 29, 2013

eemmmmm..abih citer!!!



nur shuana

Maafkan saya wahai orang sarawak

"Orang yang bodoh makanan orang yang cerdik". Siapa yang berani kata saya rasuah? Cakap!". Saya bijak dan handal. Jadi saya berhak menjadi kaya. Inilah dakwaan Ketua Menteri Sarawak yang rata-rata mengatakan bahawa rakyat di Sarawak b@d@h
hanya boleh dibeli dengan harga RM3.45 sen sahaja seorang.

Malang sungguh orang Sarawak, patutlah pendidikan yang tidak bermutu diberikan kepada penduduk di sana untuk mudah ditipu oleh orang seperti ini.

Taib Mahmud kata kekayaan kami sekeluarga adalah kerana kami memang layak untuk berbuat demikian. Penyokongnya kata itu rezeki yang Allah bagi kepada dia, kenapa mau berdengki..eemmmmm..abih citer!!!

Wednesday, March 27, 2013

emmmmm apepun tak boleh.



nur shuana

Permintaan kepada semua semua rakyat Malaysia supaya berwaspada menjelang pru 13.


Awasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Bila kelingking dicelup dakwat tersebut, ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur.
Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya nanti.

setiap pengundi berdaftar mesti dicalit dakwat kekal sebelum kertas undi diberikan kepada mereka termasuk pengundi awal tetapi bagaimana dengan pengundi pos?

aku agak ketinggalan,apa yg aku fikirkan tentang dakwat kekal adalah sebatang pen yang akan digunakan untuk menanda kertas undi berbanding pensil yang digunakan sebelum ini supaya undi itu tidak boleh diubah.emmmmm apepun tak boleh.


Abang Ariff ...klik disini

Thursday, March 21, 2013

Malaysia Book Of Record: Bubar secara Automatik


TARIKH BUBAR DUN SECARA AUTOMATIK SETIAP NEGERI DI MALAYSIA.....

1. JOHOR -21/3/2013

2. NEGERI SEMBILAN -26/3/2013

3. PAHANG -7/4/2013

4. SELANGOR - 22/4/2013

5. PERAK -24/4/2013

6. MELAKA -26/4/2013

7. PERLIS -28/4/2013

8. KELANTAN -28/4/2013

9. SABAH -29/4/2013

10. KEDAH - 2/5/2013

11. PULAU PINANG -2/5/2013

12. TERENGGANU -5/5/2013

PARLIMEN MALAYSIA BUBAR SECARA AUTOMATIK SEKIRANYA TIDAK DIBUBARKAN ADALAH PADA TARIKH 28/4/2013.....!



Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

6 DUN yang terbabit,  DUN JOHOR  terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


_Hokage Kazakage Ranger Puteh_

Fitnah,Saman Dan Menang Lagi...


Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memutuskan bahawa RTM bersalah memfitnah Yb Nasir Mustafa.

Mahkamah juga telah mengarahkan RTM dan 2 orang ahli UMNO bayar sejumlah wang bernilai RM120 ribu dan kos sebanyak RM30k.


ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.

“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).

“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.

Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.

“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.

Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.

“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Wednesday, March 20, 2013

Mendidih!! Membongkar Kisah Sebenar Lahad Datu.. Jom Terjah!!



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.

Lima perkara itu ialah; 
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.

Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.

Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.

Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.

Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia. 


-mso

Sunday, March 17, 2013

LIVE Mahkamah Rakyat

LIVE LIVE 
LIVE
Di Radio Suara Rakyat FM 18 Mac 2013
MASA : 8.45 malam



Mahkamah Rakyat : membicarakan kisah dari Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar ?
TARIKH : 18 Mac 2013
MASA : 8.45 malam
TEMPAT : Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) - berdekatan stesen monorel Jln Maharajalela / Stadium Merdeka.
HUBUNGI : 010-2675872
Program ini anjuran bersama Angkatan Perubahan Sabah dan SAMM akan menampilkan :

Tn Hj Mohamad Sabu !!!
YB DS Wilfred Bumburing !!!
YB Tian Chua !!!
YB DS Lajim Ukin !!!
Datuk Yahya Lampong !!!
Datuk Kalakau Untol !!!
Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir !!!
Bekas Pengarah JPN Sabah !!!
Siti Aminah (saksi hidup) !!!
Mat Swadi (saksi hidup) !!!
che'GuBard !!!
Boby (SAMM Sabah) !!!

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Siapa Dalang pencerobohan Lahad Datu?

Kekadang terasa kebodohan yang melampau pulak pada sesetengah warga negara malaysia neh. Terutamanya kepada penyokong UMNO Barisan Nasional. Memang keterlaluan BODOHnya dan tak boleh pakai. terlalu mudah dipergunakan oleh media manila dan filipina. masing masing menyalak dan menjerit tak henti2 menyalahkan dato Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang dalam insiden lahad datu. penyokong Umno BN terusan menyalahkan sejurus media filipina mengatakan bahawa maklumat perisikan menyatakan bahawa pembangkang antara punca tercetusnya kekacauan di lahad datu. Lepas berita tue tersiar bertubi tubi la media kerajaan dan bloggers mereka mainkan isu tersebut. Pada dia orang inilah satu masa keemasan untukmenyalahkan PAKATAN RAKYAT. Lebih tepat ini point nak salahkan anwar ibrahim. Padahal mereka tak sedar yang SEMUA DAH TERMASUK DALAM PERANGKAP KONSPIRASI PRESIDEN FILIPINA. TERMASUK DALAM LAKONAN DAN SANDIWARA PRESIDEN FILIPINA TERHADAP MALAYSIA.

Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara beberapa hari dulu

Isu Lahad Datu ini juga membuatkan Dato Seri Anwar memfailkan saman kepada Utusan dan TV3 sebanyak RM200 juta

TV3 juga menggunakan istilah dalang mengaitkan Anwar dalam insiden tersebut.
Anwar juga telah menuntut kedua-dua media itu menarik balik tuduhan tersebut, memohon maaf secara terbuka dan ganti rugi, masing-masing sebanyak RM100 juta.

Pihak Dato Seri Anwar telah menghantar surat tuntutan terhadap Utusan dan TV3 ekoran fitnah mereka menyatakan Anwar adalah dalang insiden Lahad Datu.
“Ini kenyataan jahat dan tidak berasas dan oleh itu kita mulakan proses saman terhadap mereka,” kata peguam Anwar, N Surendran kepada Keadilan Daily.
Seorang lagi peguam, Latheefa Koya pula berkata, Utusan membela diri mengatakan berita itu adalah sumber dari berita Filipina, Philippines Daily Inquirer, tetapi jelas media dari negara seberang itu tidak ada menyebut Anwar sebagai dalang pencerobohan.
Utusan tanya kenapa kita tak saman media Filipina dan Reuters (yang turut melaporkan berita itu), sebabnya kita dah tengok dua-dua artikel dari media itu, tidak menyebut Anwar sebagai dalang pencerobohan. Utusan yang ‘spin’ sebab itu kita saman dia,” katanya.
“Kita beri mereka tempoh 24 jam dalam notis itu untuk beri jawapan, jika tidak esok kami akan failkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” jelas Latheefa.
Pada 21 Januari lalu, Anwar menang kes saman fitnah RM50 juta terhadapUtusan dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Berani kerana Benar Takut kerana salah
Hokage Kazakage Ranger Puteh

Rakyat bimbang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu


Rakyat bimbang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.

Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, Adakah jika beliau 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan? mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian di Lahad Datu.
orang ramai  perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah,ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno.
 Dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun terpaksa mengosongkan tempatnya.UMNO akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.

PKR mempunyai alasan untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.

Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Najib perlu ingat taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.Jom kita pantau dan bongkar angkara umno selama 54 tahun pemerintahan mereka.
cuba korang tengok anak2 & bini DSAI.. menjaga aurat & agamanya. dan bandingkan dengan ANAK & BINI PI EM. Dari situ kita dah blh buat kesimpulan yang tuduhan tu betul atau fitnah. Zuriat yang soleh & solehah adalah dari Ibubapa yang baik. Allah s.wt pun dah janji yang Lelaki yang baik hanya utk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Friday, March 15, 2013

Bongkar saman Tuntutan Bantuan Pra Sekolah Di Selangor

Hari ini akhbar Utusan melaporkan seramai1,888 ibu bapa memfailkan saman kepada kerajaan negeri Selangor..
saman itu dibuat konon-kononnya kerajaan negeri gagal memberikan bantuan prasekolah anak-anak kepada seramai 1,888 ibu bapa yang telah dipergunakan UMNO itu..



Mereka mendakwa kerajaan negeri mungkiri janji apabila anak-anak mereka tidak dapat bantuan sebanyak RM50 sebulan itu sepertimana yang terkandung di dalam manifesto pilihanraya 2008.

Namun..
apa yang tidak mereka ketahui adalah..
1) Bantuan RM50 ini merupakan bantuan dari kerajaan negeri untuk kanak-kanak yang layak dan kelayakan bergantung kepada pendapatan isi rumah dibawah RM1,5000 (namun kini sedang dipertimbangkan untuk melonggarkan syarat kelayakan kepada pendapatan isi rumah sebanyak RM2,500).

2) Bantuan RM50 ini hanya diberikan kepada terus kepada tadika sebagai menampung yuran bulanan kanak-kanak yang dihantar ke tadika terbabit danbukannya dalam bentuk pemberian wang tunai kepada ibu bapa kanak-kanak yang terbabit.

3) Bantuan ini juga hanya diberikan kepada setiap tadika yang berdaftar dengan Tunas,mana-mana pengusaha tadika yang enggan mendaftarkan tadika mereka dengan Tunas, bantuan tidak dapat disalurkan kerana maklumat tadika dan kanak-kanak tidak boleh didapati secara tepat sekiranya tidak berdaftar.

Melalui maklumat yang diterima,pengusaha tadika yang pro kerajaanterutamanya tadika Kemas, mereka enggan mendaftarkan tadika mereka dengan Tunas menyebabkan Tunas tidak dapat menyalurkan bantuan kepada tadika kemas..

Menurut pegawai Tunas yang dihubungi,sebenarnya ada juga segelintir pengusaha tadika Kemas yang berminat untuk mendaftar dengan Tunas,namun akhirnya mereka dilarang untuk berbuat demikian oleh pihak-pihak tertentu.. (kemungkinan Kemas Pusat)

Sebenarnya Sehingga 26 hb Disember 2012, terdapat 1,903 orang kanak-kanak dan 217 buah tadika telah berjaya didaftarkan dan pendafatran ini terus diproses dari masa ke semasa.. 

Berikut adalah statistik tadika yang telah berdaftar dengan Tunas.


Dan berikut pula merupakan status pendaftaran anak-anak di bawah Tunas.

Mengikut pegawai tunas,pendaftaran yang gagal itu adalah kerana pendapatan ibu bapa melampaui syarat kelayakan bantuan Tunas..
kalau dah pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan memang tak dapat ler..
bantuan ini mensasarkan kepada golongan berpendaptan rendah..

Dan ini pula adalah data pembayaran Tunas mengikut daerah..
Kerajaan negeri minta daftar mereka enggan..
bila bantuan tidak dapat disalurkan,mereka buat kecoh,masuk Utusan.. masuk TV3.. masuk RTM dan failkan saman..
ssemuanya hanya disebabkan kepentingan politik BN.. 

Ini juga bukanlah kali pertama UMNO memperbodoh-bodohkan rakyat Selangor..
tidak berapa lama dulu,UMNO menipu warga emas mengenai khairat kematian sebanyak RM2,500 yang akan diberikan kepada waris sekiranya warga emas itu meninggal..
kalau belum meninggal macam mana nak dapat..?
baca sini  [WARGA EMAS DIPERBODOHKAN]. 

Ada juga yang boleh diperbodoh-bodohkan oleh UMNO di zaman maklumat di hujung jari ini.. 


Sila layari website Tunas untuk maklumat lanjut http://e-tunas.org/

Kreadit to Lianglahat
HokageKazakageRangerPuteh

Saturday, March 9, 2013

BAPA KANDUNG MANA NAK HANCURKAN HIDUP ANAKNYA



SAIFUL SANGGUP HINA DAN MALUKAN BAPANYA SENDIRI APABILA MEMBERITAHU BAPANYA TELAH DIPENGARUHI DSAI!!!!


Bapa Saiful cari saya untuk dedahkan konspirasi, kata Johari
Datuk Johari Abdul mendakwa bapa Saiful Bukhari Azlan yang mencarinya untuk membantu pendedahan “konspirasi politik” berkenaan aduan liwat anaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengaturkan sidang akhbar Azlan Mohd Lazim yang mendakwa semalam terdapat konspirasi oleh pegawai di Jabatan Perdana Menteri akan tetapi Saiful kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.

“Salam, bapa Saiful (yang) cari saya.


“Beliau yang meminta kita untuk dedahkan semua ini, tidak mungkin bapa beliau begitu bodoh sehingga boleh dipengaruhi,” kata Johari kepada The Malaysian Insider selepas Saiful menafikan konspirasi tersebut.


Anggota parlimen itu mengatakan penafian Saiful adalah satu penghinaan kepada bapanya.


Beberapa jam selepas sidang akhbar bapanya, Saiful dan peguamnya Zamri Idrus bercakap kepada media mengenai pertuduhan Azlan.


Saiful mencadangkan Anwar dibelakang kenyataan bapanya mengenai pertuduhan liwat kedua, memberi amaran kepada pemimpin pembangkang itu agar tidak menggunakan Azlan untuk mencapai matlamatnya.


Saiful tidak memberikan apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya tetapi hanya menunjukkan kehadiran Johari untuk dalam sidang akhbar dimana ayahnya memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya diatas penderitaan yang mereka lalui untuk mengukuhkan kenyataannya.


Akan tetapi Azlan semasa sidang akhbarnya memberitahu beliau melakukan perkara tersebuat secara “sukarela”.

KALAU BAPA KANDUNG SENDIRI SANGGUP DIHINA DAN DIMALUKAN NAK MALU DAN HINAKAN DSAI KIRA PERKARA ENTENG DONG!!!!!.


BAPA KANDUNG MANA NAK HANCURKAN HIDUP ANAKNYA...



                                saya simpati dengan gambar di atas

Ulasan: nur shuana,

Pandai UMNO/BN alih perhatian kita, isu Lahad Datu belum lagi selesai. Tiba-tiba, ayah Saiful minta maaf dekat Anwar dan mengaku dipergunakan. Dulu, ayah Saiful tu lah beria-ia mempertahankan anak dia. 
Pelik tak?


lagi satu isu Altantuya ,nape senyap,emmmm sebab Lahad Datu dapat melenyapkan isu ini??Utusan meloya memang nak padam terus isu najib dan Altantuya. Sian Melayu dari dulu kini dan selamanya diperbodohkan oleh utusan meloya dan tv3 suku.






Friday, March 8, 2013

JADUAL PENYIARAN



08:00pg – 11:00pg  Segment Santai Bersama Pendengar, Mutiara Hikmah, Kisah     Pilihan, Doa, Hadits  Deejay bertugas dari melaka/kelantan

11:00pg– 3:00ptg  Isu Semasa, Politik Bersama Dj bertugas dari Selangor.

3:00ptg– 5:00ptg  Isu Semasa, Politik Bersama Dj bertugas dari kelantan

5:00ptg – 7:00ptg  Isu Semasa, Politik Bersama Dj bertugas dari Bersama Dj bertugas dari Kedah/Melaka

7:00ptg – 8:00mlm  Zikir, Ceramah Pilihan, Bacaan Al-Qur’an dan Nasyid.

8:00mlm - 10mlm  Isu Semasa, Politik Bersama Deejay dari  Kedah

10mlm - 12mlm Isu Semasa, Politik Bersama Deejay dari Sabah

*9:00mlm – 12:00tghmlm  Debat, Rencana, Ceramah LIVE, kajian Islam, isu semasa, politik Bersama Dj bertugas dari Sabah,Melaka,Kelantan,Selangor,Pulau Pinang,kelantan dan kedah . Penutup.

Hokage Kazakage Ranger Puteh

AYAH SAIFUL MEMBUAT SIDANG AKHBAR

saya simpati melihat gambar di atas.

AZLAN BERKATA: KES LIWAT SATU KONSPIRASI

Azlan mohd lazim 60 tahun ayah kepada saiful bukhari.baru sahaja membuat sidang akhbar
bersama  johari abdul yang berhormat dari sungai petani mengikut azlan lazim anaknya saiful bukhari telah digunakan oleh khairil anas  yang bertugas sebagai pegawai khas kepada najib razak, mengikut azlan lagi  tidak ada liwat liwat dengan anwar ibrahim, tidak terjadi semua hanyalah satu konspirasi terancang yang dirancang dari pejabat najib razak
Sumber:tukar tiub

Monday, March 4, 2013

HOW TO CONNECT TO SUARA RAKYAT



FACEBOOK

TWITER

BLOG

HOW TO LISTEN RADIO SUARA RAKYAT FM?

Blog

Quick Listen Link

TUNEIN RADIO On MOBILE DEVICE
Clik HERE 

Supported Mobile Devices
iPhone / iPad
Android
Palm
BlackBerry
Samsung Bada
Windows Phone

Hokage Kazakage Ranger Puteh

Friday, March 1, 2013

1 MAR 2013 ,, Pencerobohan Di Lahad Datu Tamat


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. Menurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat. 

Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera. "Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah terbunuh.

Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez. Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia. Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing. Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.

Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain. "Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang. "Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya. Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin.

sumber:
Kami Sokong Tokguru

,,, ULASAN NS,,,

Tragedi Lahad Datu tidak lebih kurang plotnya berbanding insisden Sauk dan Memali yang pernah terjadi, menjelang beberapa siri pilihanraya yang kelihatan tidak memihak kepada pemerintah.
Lahad Datu : Banyak fakta tersembunyi disembunyikan UMNO!Al-Fatihah utk pejuang negara yang telah terkorban. Moga ganjarannya Jannah. Ameen.. TERLEBIH DAHULU, SAYA PERLUKAN BUKTI GAMBAR ETC. PEJUANG2 NEGARA TERKORBAN,DAN KEJADIAN PERTEMPURAN JIKA ADA.

Rakyat sedar sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, dan dalam kes ini jelas sentimen ketakutan itu cuba dicetuskan kepada masyarakat Sabah, diambang mereka kelihatan begitu bersedia bagi menamatkan badi pemerintahan Barisan Nasional yang jelas tidak mampu sama sekali membawa arus perubahan ke negeri di bawah bayu itu.

 Saya doakan kpd semua pasukan keselamatan, Tentera di Lahad Datu dan semua penduduk Sabah semoga Allah swt melindungi kita semua.
 Sekarang rakyat tidak  percaya apa pun. yang rakyat nak tngok ialah UMNO BN tumbang dalam PRU13 .FULL STOP

Takziah kpd semua Keluarga mangsa yg terkorban di lahad datu - al-fatihah