اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 26, 2014

Bagaimana PM Najib boleh begitu pasti sisa rumput kering itu telah ditemui?

 


 Ekoran pengumuman PM Najib bahawa pesawat MH370 itu telah mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi tanpa mengemukakan sebarang tanda-tanda penemuan bangkai kapal itu, telah menyebabkan kalangan sanak keluarga penumpang pesawat MH370 naik marah dan kecewa.

  Sebilangan antara 20-30 kalangan keluarga terlibat telah berarak dan berkumpul sebagai memprotes meluahkan rasa tidak puas hati mereka di hadapan Kedutaan Malaysia di Beijing dengan menangis sambil menjerit slogan " Kerajaan Malaysia Pembunuh!"


  Berlaku pergelutan antara mereka dengan pihak keselamatan yang cuba mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk lagi. 

  Bercakap kepada pemberita, salah seorang dari mereka berkata: "Saya sangat marah" sebelum menambah "tiada bukti" bahawa pesawat itu terhempas. 

 Pihak berkuasa Malaysia sangat pasti bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan carian akan diteruskan sehingga bangkai pesawat itu ditemui.

 Bagaimanapun pencarian ini amat sukar sekali akan berakhir dengan sebarang penemuan sebagaimana yang telah disifatkan sendiri oleh Marsyal Udara Mark Binskin, timbalan ketua pertahanan Australia,bahawa tugas yang mereka hadapi ini adalah sangat menakutkan.

  Beliau berkata: "Kami tidak mencari jarum dalam sisa rumput kering - kami masih cuba untuk menentukan di mana sisa rumput kering itu." 
Bagaimana PM Najib boleh begitu pasti sisa rumput kering itu telah ditemui?

No comments:

Post a Comment