اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 10, 2014


SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri hari ini mengunjungi keluarga Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui.

Kunjungan ke kediaman mereka di Seksyen 7 di sini pagi ini turut disertai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah serta beberapa Adun Kelantan yang lain.

Kunjungan mereka disambut bapa Fariq, Abdul Hamid Mohd Daud dan ibu beliau serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, menteri besar turut melahirkan rasa simpati Kerajaan Kelantan kepada keluarga atas apa yang berlaku.


Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak keluarga serta menasihatkan agar bersabar dengan ujian yang menimpa ini.

"Beliau adalah anak buah saya sebagai rakyat Kelantan. Kita datang untuk zahir rasa simpati dan mengajak masyarakat supaya mendoakan insiden ini berakhir dengan baik," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas pertemuan itu.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata hati keci beliau merasakan anaknya itu masih hidup.
"Jauh di sudut hati kecil saya merasakan beliau (Fariq) masih ada," ujarnya,
Bagaimanapun beliau pasrah dengan apa juga ketentuan Allah namun berdoa semoga anaknya dan semua penumpang termasuk kru pesawat MH370 selamat.
"Kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan beg pakaian dan pasport jika diminta untuk ke lokasi," jelasnya.
Beliau juga turut berharap agar pihak media khususnya, menghormati privasi keluarga yang sedang berdepan ujian sukar ini.
Fariq, 27, merupakan Pembantu Juruterbang Pesawat MAS MH370 ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, 8 Mac lalu.

Sehingga kini, pesawat tersebut masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dijalankan pihak berkuasa Malaysia dengan dibantu beberapa negara lain.

Penerbangan yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu  dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53.

Naik taraf lapangan terbang KB

Dalam pada itu, beliau berpendapat insiden ini menunjukkan betapa perlunya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf segera menjadi lapangan terbang antarabangsa.

Katanya, ini kerana kedudukan Kelantan sangat strategik dan berada di laluan Kuala Lumpur-Bangkok serta Kuala Lumpur Beijing.

"Mengikut laporan, pesawat ini terakhir dikesan di Laut China Selatan. Ertinya Lapangan Terbang Kota Bharusepatutnya dinaik taraf.

"Kedudukannya strategik dan ianya sepatutnya boleh digunakan untuk menampung penerbangan melalui Laut China Selatan yang sangat sibuk," kata beliau.

Anwar fail notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan


PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Notis rayuan itu difailkan oleh peguam, Ramkarpal Singh, yang mewakili Anwar, kira-kira jam 10.30 pagi di kaunter pendaftaran Mahkamah Persekutuan, di sini. 


Kapten Zaharie dan Fariq semasa diperiksa di kawasan pemeriksaan



Tontoni gambar Kapten Zaharie dan Fariq semasa diperiksa di kawasan pemeriksaan sebelum menaiki pesawat. Klik di sini 

https://www.facebook.com/photo.php?v=751767698168503



TIDAK DIKETAHUI SAMADA GAMBAR INI GAMBAR SEBELUM MEREKA MEMASUKI MH370 atau pesawat lain.

Saturday, April 27, 2013

100 anak muda putrajaya serah borang sertai PAS

PUTRAJAYA: Satu tamparan hebat buat Umno BN Putrajaya khususnya calon mereka Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila 100 anak muda di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Borang keahlian mereka diserahkan wakilnya Norazmi Mohammad Nor kepada Yang DiPertua PAS Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria disaksikan puluhan ribu yang hadir pada majlis ceramah di Presint 3 malam tadi.

Turut serta pada majlis ceramah itu malam tadi calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi serta calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada Harakahdaily selepas majlis itu, Norazmi berkata penyertaan beliau dan kawan-kawan yang lain ke dalam PAS kerana yakin dengan keikhlasan dan kebenaran perjuangan parti itu untuk membela rakyat.

"Kami anak-anak muda Putrajaya akan membantu Datuk Husam untuk kemenangan PAS di Putrajaya pada pilihan raya kali ini," katanya.

Ustaz Nazir ketika mengulas kemasukan anak-anak muda itu berkata, iai merupakan satu lonjakkan momentum kepada PAS Putrajaya dalam misi menawan pusat pentadbiran kerajaan itu.

"Ini adalah bukti bahawa anak-anak muda ini bersama  kita, dan kita yakin lebih ramai lagi diluar sana yang juga bersama kita sebagai penyokong senyap.

"Kita yakin akan berlaku perubahan besar pada pilihan raya kali ini," katanya.

Gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Husam


PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.

"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.

"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.

Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.

Wednesday, April 17, 2013

Ong Tea Keat timbang jadi calon bebas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi parlimen Pandan, selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya, tulis Leslie Lau, Pengarang Eksekutif The Malaysian Insider.Malam ini, satu lagi kumpulan merancang demonstrasi untuk menyokongnya.Dengan hari penamaan calon semakin hampir pada Sabtu, Ong masih belum memberikan komitmen untuk bertanding, lapor TMI.Spekulasi mengenai apa akan dilakukan Ong  dimainkan dengan latarbelakang permusuhannya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dilihat sebagai di belakang keputusan penyingkiran itu. MCA 'jual' 3 kerusiSementara itu, pelbagai pihak mendakwa, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek 'menjual' tiga kerusi Parlimen MCA kepada Umno untuk mempastikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mencalonkan Ong Tee Kiat di Pandan.Kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno dalam pilihan raya ini adalah Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju.Sebelum ini, Chua sudah memberikan amaran kepada Umno, pilih MCA atau Ong Tee Kiat.Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam  pilihan raya umum kali ini, menjadikan ianya satu sejarah dalam negara apabila ketua parti komponen utama BN tidak bertanding.https://www.facebook.com/home.php?refsrc=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F&__user=1680866006

Sunday, April 14, 2013

Jangan risau, relaks! Tok Guru masih cool and steady.



Jangan risau, relaks! Tok Guru masih cool and steady. gambar selamba Tok Guru yang spontan tidak seperti mana-mana MB dari kalangan parti biru.