اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, February 6, 2013

Berita Harakah Daily




1-Royalti: Husam ajak Mustapha dialog di forum terbuka  
  

KOTA BHARU: Exco kerajaan kelantan Datuk Husam Musa, mencadangkan Datuk Seri Mustapha Mohamed, mengadakan forum terbuka mempertemukan mereka berdua untuk membincangkan isu royalti negeri itu.

Menurut Husam, forum tersebut perlu dibuat di mana-mana universiti ekoran Mustapha yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah membohongi mahasiswa berhubung isu royalti ketika bertemu mereka sebelum ini.

Dalam forum itu kata Husam, Mustapha bebas sama ada untuk berhujah mahupun menyangkal fakta yang diutarakannya.

Husam memberitahu, sekiranya Mustapha tidak sudi berforum dengannya, beliau akan mengambil alih tugas itu untuk memohon dengan pihak universiti supaya memberi ruang untuknya, sebagaimana universiti memberi ruang pada menteri itu untuk bertemu mahasiswa.







2-Pakatan Rakyat Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya    

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, jentera ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Menurutnya yang juga Ahli parlimen pokok sena, Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat lagi kerusi yang kini dikuasai BN.

Pada PRU 2008 lalu, Pakatan Rakyat Kedah telah menguasai 11 daripada keseluruhan 15 kerusi parlimen di negeri itu dengan 6 kerusi dimenangi PAS, 5 PKR. Manakala BN memperoleh hanya 4 kerusi.






3-Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pendidikan


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi.

Ianya memberi manfaat kepada seramai 32,130 anak negeri Selangor yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 

Sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.







4-Deepak dakwa Najib arah Boustead beli Astacanggih


KUALA LUMPUR: Usahawan Karpet Deepak Jaikishan semalam mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

Katanya, ketika arahan dibuat Najib itu, beliau ada bersama pardana menteri itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS semalam.

Sementara itu, Mahfuz menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut Mahfuz, penjelasan itu penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota tentera.

*Berita ini disunting Nazri Abdullah, Harakahdaily


Hokage Kazakage Ranger Puteh

No comments:

Post a Comment