MEMOHON SUMBANGAN

MEMOHON SUMBANGAN
Inginkan AKHIRAT CURRENCY SAVING ACCOUNT? Kami pihak radio suara rakyat fm ingin memohon sumbangan jariah para pendengar setia untuk melancarkan lagi perjalanan perjuangan untuk menegakkan keadilan sejagat. semoga sumbangan anda mendapat keberkatan bagi membantu dalam menegakkan keadilan dan perjuangan seperti yg dituntut dalam setiap pegangan agama. semoga sumbangan anda dapat menjadi satu syafaat di hari akhirat nanti... disini kami sertakan nombor akaun untuk sumbangan anda didalam akaun: SUARA RAKYAT ENTERTAINMENT (1405-0001092-10-7) CIMB BANK jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang setia.. semoga Allah memberkati sumbangan anda terima kasih

Monday, February 18, 2013

Pelancaran Radio Suara Rakyat FM


(Dr Yunus melancarkan radio Suara Rakyat FM di Dataran Kemerdekaan semalam)


SHAH ALAM: Radio Suara Rakyat FM, sebuah radio internet, dilancarkan dengan meriah  di Dataran Kemerderkaan dekat sini semalam.

Ia disertai 300 buah basikal yang berkonvoi dan 16 buah kereta yang bergerak bersama mengelilingi bandaraya Shah Alam.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia Dan Sukan Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi.

Radio internet Suara Rakyat FM adalah inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat alternatif.

Ia mendapat sokongan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat khasnya Selangor dan Kelantan.

Ia boleh diikuti melalui http://suararakyatfm.blogspot.com/ atau aplikasi Tunein Radio untuk telefon bimbit Android.

Harakahdaily sebelum ini menandatangani MoU dengan radio ini untuk membekalkan berita setiap hari kepada radio internet ini.


Konvoi

Program pelancaran yang bermula awal pagi semalam, dimulakan dengan konvoi berbasikal dan kereta yang masing-masing ditampal 'sticker' Radio Suara Rakyat FM.

Kemudian konvoi ini bersama-sama dari Dataran Kemerdekaan kemudian bergerak melalui Bukit Cerakah, Batu 3 dan keluar ke Stadium Malawati kemudian balik semula ke Dataran Kemerdekaan kira-kira jam 9.00 pagi. 

Konvoi bersama ini disertai keseluruhan ahli jawatankuasa Radio Suara Rakyat dari seluruh negara termasuklah negeri pantai timur.
 



Menurut Ketua Penyelaras Radio Suara Rakyat Ripin Samat, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang memberi sokongan padu kepada satu-satu radio yang menjadi suara rakyat. 

Katanya, Radio Suara Rakyat ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa di seluruh DUN Selangor dengan menggunakan aplikasi 'wakie talkie zello' bagi menyampaikan maklumat di setiap pelusuk negeri. 

"Banner Radio Suara Rakyat dengan slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' akan diletakkan di setiap pejabat DUN Selangor dengan satu harapan agar maklumat berjaya sampai ke sasarannya," katanya ketika dihubungi.                                                    
Sumber
Harakah Daily

Edit By Hokage Kazakage Ranger Puteh & Nur Shuana

3 comments:

  1. Jom kita pakat2 dengarkan Radio Suara Rakyat FM...... Terbaikkk....!!!

    ReplyDelete
  2. Satu perkembangan yang baik. Harap dapat diperdengarkan kepada warga-warga tua di kampung agar mereka dapat menilai akan berita /isu yang selama ini diterima melalui RTM, Utusan Meloya & Berita Hairan.

    ReplyDelete