اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, March 28, 2014

Apakah Yang Tersirat Disebalik Pendedahan Tun Musa Hitam?




Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – TMI

ULASAN GB

GB tertarik dengan pendedahan Tun Musa Hitam di atas.

Ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan oleh Tun Musa di sebalik pendedahan bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku pada tahun 1985 itu.

Pendedahan tersebut dilakukan tatkala seluruh negara sedang berbicara mengenai tragedi MH370.

Dan patutlah beberapa hari yang lalu, Tun Mahathir menyatakan beliau akan tapis internet jika menjadi PM semula.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.


Tiba-tiba Tun Mahathir mengeluarkan perkataan "Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula".

Tumpuan saya bukan di perkataan tapis internet, tapi perkataan "kalau jadi PM semula".

Adakah beliau masih bercita-cita untuk jadi PM atau ada proksinya menjadi PM?

Penapisan internet juga dicadangkan Tun Mahathir tatkala ketika dunia sedang berbicara mengenai tragedi MH370. Tun Mahathir seperti resah gelisah dengan perbincangan di dunia internet susulan tragedi ini, apatah lagi pendedahan Rafizi mengenai rancangan Tun Mahathir untuk menggulingkan Najib sempena Kajang Move tempohari..

Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan pendedahan Tun Musa? Ya, hanya Tun Musa dan Allah mengetahuinya... our God! 

 5 comments:

Anonymous said...
syaitan tua yg meracau2 di penghujung hayatnya
PANJI ALAM said...
Ada agendanya si mahathir kutey ni..
Insha Allah akan terbuka kebenaran..

hikmah insiden mh370 membuka lembaran baru dlm proses pemikiran org muda, yg menguasai fenomena berfikir di luar kotak, bukan hanya menelan bulat2 berita yg disajikan media berautoriti.. rahsia demi rahsia terbongkar selepas insiden tsb.. saya menunggu kalau2 ada pihak berkaitan yg nak dedahkan tentang episod duka peristiwa double 6 .. atau mungkin kematian misteri tun razak.. budak sekolah pun boleh fikir, knp dia kecut perut sgt dgn ledakan maklumat di hujung jari. bkn sebab kecenderungan golongan muda beralih sokongan kpd pembangkang semata-mata...
Anonymous said...
jeng..jeng...jeng.. apa hal takut {gelisah} semacam aje ni....ada makna apa-apa kah..?
PANJI ALAM said...
hikmah insiden mh370 membuka lembaran baru dlm proses pemikiran org muda, yg menguasai fenomena berfikir di luar kotak, bukan hanya menelan bulat2 berita yg disajikan media berautoriti.. rahsia demi rahsia terbongkar selepas insiden tsb.. saya menunggu kalau2 ada pihak berkaitan yg nak dedahkan tentang episod duka peristiwa double 6 .. atau mungkin kematian misteri tun razak.. budak sekolah pun boleh fikir, knp dia kecut perut sgt dgn ledakan maklumat di hujung jari. bkn sebab kecenderungan golongan muda beralih sokongan kpd pembangkang semata-mata...
Anonymous said...
Allah nak beri peluang bertaubat .

Sebab di padang mahsyar lagi hebat siksaan batin menanggung beban kesalahan di dunia.

TS Musa Hitam menanggung siksaan batin sekian lama kerna menyimpan rahsia ni.

Kembalilah pada ALLAH, kita semua ada kesalahn masa muda2 & jahil, tapi kesalahn pada rakyat , agama, negara sangat2 meruntun jiwa tak tentu arah, kalau tak bertaubat.

Ingat senang ke jadi pemimpin? Nabi saw dah cakap. Tak tau le, kot jenis2 tak percaya pada Nabi saw & quran.

No comments:

Post a Comment