اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 31, 2014

Ringgit yang lemah akan jejas syarikat penerbangan

 



KUALA LUMPUR: Alliance Research menjangkakan kewangan industri penerbangan tempatan akan merosot tahun ini berikutan peningkatan kos unit yang meningkat disebabkan ringgit yang lemah.

Syarikat penyelidikan itu mengunjurkan ringgit mencapai purata RM3.30 berbanding dolar AS tahun ini, iaitu 4.7 peratus lebih lemah berbanding purata RM3.15 berbanding dolar AS pada 2013.

"Oleh sebab itu kami menjangkakan kos unit syarikat penerbangan meningkat berikutan sebahagian besar daripada kos pengendalian mereka adalah dalam dolar AS.

"Kos faedah juga dijangka bertambah memandangkan komitmen kewangan syarikat adalah dalam dolar AS," katanya dalam nota kajiannya Isnin.

Alliance Research juga menjangkakan pertumbuhan kapasiti keseluruhan meningkat 6.9 peratus tahun ini, paling perlahan sejak Krisis Kewangan Global pada 2008-2009.

Oleh itu, ia menjangkakan hasil akan menjadi stabil tahun ini berikutan pertembungan pertumbuhan permintaan sebanyak tiga hingga empat peratus selain permintaan melancong yang meningkat ekoran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang meningkatkan keseimbangan antara bekalan-permintaan.

"Bagaimanapun, kami yakin laluan antarabangsa MAS akan mengalami tekanan dan kemerosotan hasil tidak lama lagi berikutan tragedi MH370.

"Kami juga menjangkakan hasil AirAsia X Bhd (AAX) di Australia mengalami tekanan selepas pengurusan membayangkan ia memerlukan tiga hingga empat suku daripada pasaran untuk menyerap lebihan kapasiti yang ditambah pada suku ketiga tahun kewangan 2013," katanya.

Alliance Research menurunkan taraf sektor penerbangan kepada 'neutral' sejajar dengan penurunan saham-saham syarikat penerbangan dalam liputannya iaitu AirAsia dan AAX.

"Kami menjangkakan pendapatan negatif syarikat penerbangan akan berterusan berikutan ringgit yang lemah dan kemungkinan penangguhan perpindahan ke klia2," katanya.

Bagaimanapun, syarikat penyelidikan itu memihak kepada Malaysia Airports Holdings Bhd dengan saranan 'beli' pada harga sasaran RM9.80, ia berisiko rendah berbanding syarikat penerbangan.
-- Bernama            

No comments:

Post a Comment