اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, January 31, 2015

MP: Pinjaman dari Ananda satu 'penghinaan'


 


Seorang MP pembangkang kecewa dengan tindakan firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berhutang dengan jutawan Tan Sri Ananda Krishan untuk melunaskan pinjamannya.

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu satu “penghinaan”, apatah lagi apabila syarikat tersebut mendakwa ia telah menebus semula pelaburannya sebanyak RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman pada kadar tukaran semasa.

“Berita itu penghinaan besar buat 1MDB dan amat memalukan kerajaan Malaysia,” kata Pua dalam kenyataan.

Laporan Reuters semalam menyebut bahawa Ananda Krishnan akan meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

1MDB sebelum ini sudah dua kali tersasar dari jadual pembayaran untuk pinjaman jangka pendek yang dibuat dengan dua bank tersebut.

Firma tersebut meraih kontroversi ekoran hutangnya berjumlah RM41 bilion, hasil ratusan juta dolar yang dipungut Goldman Sachs untuk pengendalian pengeluaran bonnya dan dakwaan mengenai isu ketelusan syarikat berkenaan.

Pua seterusnyua membangkitkan bahawa pinjaman dari Ananda itu merupakan bukti bahawa 1MDB kini dipengaruhi jutawan berkenaan.

MP tersebut turut menimbulkan kebimbangan bahawa 1MDB mungkin terpaksa memenuhi syarat pinjaman yang memihak kepada Ananda.

“Terutama sekali memandangkan 1MDB ada rekod yang buruk dalam mendapatkan pinjaman khas,” katanya.

[Baca berita asal]

Sementara itu, naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata perkembangan itu menunjukkan bahawa 1MDB sememangnya berhadapan dengan masalah aliran tunai.

“Masalah ini akan menjadi lebih parah dalam tahun 2015 kerana 1MDB telah mengambil beberapa hutang jangka pendek untuk memenuhi komitmen bayaran hutang lain," katanya.

Rafizi berkata, salah satu daripada hutang tersebut adalah pinjaman US$1 bilion (kira-kira RM3.6 bilion) yang daripada enam buah bank.

Pinjaman daripada enam buah bank tersebut dilaporkan oleh majalah kewangan antarabangsa International Financing Review, katanya.


Sumber : Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment