اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 17, 2014

Akhlak Karpal lebih mulia dari Anwar kata Ibrahim Ali




Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata mendiang Karpal Singh memberi sumbangan besar dalam mewarnakan politik Malaysia.

Mengulas mengenai kematian Karpal Singh, pemimpin veteran DAP, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan mendiang Karpal Singh yang dikatakan sebagai pejuang keadilan berakhlah lebih mulia daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, meskipun Karpal dilihat sebagai pejuang keadilan namun sikapnya yang tidak menghormati agama Islam adalah satu perbuatan melampau.

"Takziah kepada keluarga mendiang. Akhlaknya lebih mulia daripada Anwar. Satu perkara yang saya hilang hormat kepada Karpal ialah apabila mendiang tidak menghormati Islam dengan mengatakan 'langkah mayat dia dulu' sebelum Malaysia laksanakan hukum hudud'.
{baca lagi klik butang papar ... }


"Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam. Mendiang dikatakan pejuang keadilan tetapi tidak menghormati keadilan dalam Islam.Mendiang juga pilih kasih. Ini menyebabkan saya hilang hormat kepadanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Pembantu peribadinya, Michael Cornandez turut maut dalam kejadian itu.

Mengimbas kenangannya bersama mendiang, Ibrahim berkata, perkara yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika bertelagah dengan Karpal di Parlimen.

"Saya antara ahli Parlimen yang selalu bertengkar dengan Karpal di Parlimen. Saya masih ingat bagaimana marahnya Karpal kepada saya bila saya kata saya lulus undang-undang di Holiday Inn," katanya.

Ibrahim berkata, beliau turut merasakan kehilangan ahli politik dan peguam berwibawa itu yang memberikan sumbangan besar dalam mewarnakan politik Malaysia.

"Saya turut merasakan kehilangannya," katanya. – 17 April, 2014.

PBO: kalau kau kata akhlak Karpal lebih mulia dari Anwar, aku kata akhlak Karpal dan Anwar lebih mulia dari ko katak ...

ko ni memang bodoh la. orang tengah mati dan ditimpa musibah .. ko cerita pasal benda-benda ni. Kau yang tak tak hormat dan layak juga kalau aku kata akhlak ko lebih buruk dari Karpal an Anwar.

sumber 

1 comment: