اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 10, 2014

Allahu Akbar...Hebatnya MB Selangor Tan Sri Khalid




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menjelaskan bilangan jawatan yang dipegangnya dalam mana-mana 12 syarikat di bawah naungan Menteri Besar Incorporated (MBI).

Namun beliau menegaskan bahawa semua gaji yang diperoleh daripada jawatannya itu diserahkan kepada MBI.

"Saya telah membuat keputusan bahawa semua pendapatan saya (dalam syarikat) dipulangkan balik kepada MBI.

"Ini bukan (sahaja) semasa saya menjadi Menteri Besar tapi semasa saya jadi Ketua Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Saya juga menduduki lebih daripada 25 syarikat-syarikat mewakili PNB," katanya ketika menjawab soalan Adun Damansara Utama pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin menanyakan tentang bilangan jawatan yang dipegang Abdul Khalid dalam 12 syarikat itu serta berhubung penerimaan gaji atau elaun.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata meskipun syarikat mendapat keuntungan besar, tiada sebarang bonus diberikan kepadanya.

"Saya boleh terima gaji tapi dapatan ini saya serahkan balik kepada syarikat.

"Kalau syarikat (bukan bawah MBI) dapat keuntungan banyak mereka beri saya lebih tapi di Selangor saya tak dapat bonuslah. Itu saja," katanya.

Antara 12 syarikat dibawah naungan MBI ialah Kumpulan Darul Ehsan (KDEB), Majlis Sukan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Tourism Selangor Berhad.
sumber SH

No comments:

Post a Comment