اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, April 4, 2014

Hina Mahkamah - Papagomo Mula Gelabah.. Ugut Buat Lapotan Polis Terhadap Anwar



Laporan Polis baru ke atas Dato Sri Anwar Ibrahim


Semalam 3 hb April 2014 YB Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataan beliau di parlimen telah cuba untuk menggugut saya melalui laporan Polis yang akan beliau dan YB N.Surendran buat pada Selasa tanggal 8hb April ini. Menurut Rafizi Ramli laporan Polis akan dibuat ke atas saya kerana didakwa telah memberi keterangan  palsu di Mahkamah sewaktu kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim bulan Febuari yang lalu.

Saya tidak salah dan tidak ada apa yang perlu untuk ditakutkan dengan ugutan dari Yb Rafizi Ramli dan Yb N.Surendran dalam pekara ini.


Saya menunggu laporan Polis yang akan dibuat oleh mereka berdua ini pada 8hb April untuk saya menjalankan tindakan selanjutnya pada 9hb April yang mana turut akan membuat laporan Polis.

Beberapa penipuan sewaktu memberikan keterangan telah dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).

Oleh itu, saya akan membuat laporan polis terhadap Dato Sri Awnar Ibrahim atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Rabu 9 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.

Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Dato Sri Anwar Ibrahim serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.

Wan Muhammad Azri
Rakyat Marhaen
4 April 2014

No comments:

Post a Comment