اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, July 6, 2014

Kes pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand : Putra jaya Komited atau Kometot?

Beritanya di sini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata, Putrajaya komited untuk membawa Diplomat Junior, Muhammad Rizalman Ismail kembali ke New Zealand  untuk menghadapi tuduhan jenayah pecah rumah dan percubaan merogol. SUMBER

Ya, benar sekali. Rizalman sebagaimana laporan akhbar The New Zealand (screenshot atas) adalah sepatutnya dihantar kembali ke New Zealand pada Isnin ini , 8 Julai 2014. Itu kalau Putrajaya benar-benar mahu komited.


Tetapi hari ini, The New Zealand Herald melaporkan :


Sila baca di sini
Rizalman sepatutnya diterbangkan kembali ke New Zealand esok tetapi kini ragu-ragu selepas doktor mengarahkan beberapa ujian psikiatri perlu dijalankan lagi kerana dia seolah-olah murung dan tertekan. 

Tidak dapat disahkan bila Rizalman akan kembali ke New Zealand...

Kah! Kah! Kah! Mana ada orang yang akan terlompat-lompat kegembiraan bila berdepan dengan tuduhan yang seberat macam kes Rizalman ini. Ada ker?

Skrip seterusnya ialah Putrajaya hantar Rizalman ke Tampoi atau Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Komited atau Kometod? Korang semua boleh jawab sendiri. 

No comments:

Post a Comment