اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, August 8, 2014

Hamas: Terima syarat atau terus berperang


HARAKAHDAILY



GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzudin Al-Qassam, memberi amaran sedia meneruskan pertempuran dengan Israel jika negara haram Zionis itu enggan membebaskan Palestin dari kepungan secara total.

Dalam satu siaran televisyen, mereka mendakwa tidak akan bersetuju dengan mudah untuk genjatan senjata kecuali Israel menerima syarat yang mereka tetapkan.

Kenyataan itu dibuat sebagi mesej kepada deligasi Palestin yang kini berada di Mesir bagi membuat rundingan dengan Israel untuk melanjutkan tempoh genjatan senjata tiga hari yang sepatutnya tamat hari ini.

"Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin," katanya.

“Kami akan memulai serangan ke Israel pada jam 8.00 pagi Jumat setelah gencatan senjata selesain" katanya.

Sementara itu,beribu-ribu penduduk Gaza berarak semalam bagi menyokong tuntutan Briged Al-Qassam dan pasukan rundingan Palestin di Kaherah.

Ahli Majlis Perundangan Palestin Mushir al-Masri berkata, Gaza tetap bersama Hamas walaupun kira-kira 2,000 rakyat syahid dan 10,000 cedera dalam serangan empat minggu oleh Israel.

Beliau menambah bahawa pasukan rundingan Palestin mesti sedar bahawa orang-orang Palestin, yang telah mengorbankan orang kesayangan mereka sesekali tidak akan bersetuju untuk apa-apa perjanjian gencatan senjata kecuali tuntutan mereka dipenuhi.

Berikut adalah 10 syarat genjatan senjata yang ditetapkan Hamas dan rakyat Palestin.

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

- HARAKAHDAILY 8/8/2014

No comments:

Post a Comment