اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, May 30, 2014

Panda: Perjanjian ‘tidak masuk akal’ oleh ‘kerajaan bodoh’, kata ahli Parlimen PAS

 

TH EMALAYSIAN INSIDER


Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Gambar fail The Malaysian Insider.Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Gambar fail The Malaysian Insider.




























Ahli Parlimen PAS mengkritik program panda gergasi Malaysia dan menyifatkan tindakan membelanjakan RM60 juta untuk menjaga sepasang haiwan itu di negara ini sebagai "perjanjian tolol" yang dibuat oleh "kerajaan bahlul".

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar juga mempersoalkan manfaat diperolehi oleh Malaysia daripada hasil kajian yang dibuat ke atas tingkah laku Panda kerana ia bukannya haiwan yang biasa hidup di negara ini.

"Untuk meraikan 40 tahun hubungan kita dengan China, kita membayar antara RM60  hingga RM70 juta selama 10 tahun hanya untuk panda ini. Tetapi Cina tidak memberikan wang untuk meraikan 40 tahun hubungan diplomatik ini. Ini adalah perjanjian tidak masuk akal oleh kerajaan yang bodoh.

"Mereka kata kita akan mendapat manfaat daripada kajian tingkah laku panda. Sila nyatakan apa manfaat yang kita boleh belajar daripada panda ini," kata Mahfuz pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G Palanivel, berkata Malaysia membelanjakan RM60 juta sehingga kini untuk membawa sepasang panda gergasi ke Malaysia.

Sebanyak RM25 juta dibelanjakan untuk bangunan haiwan ini yang berhampiran dengan Zoo Negara, manakala RM15 juta untuk pengendalian dan RM20 juta untuk sewaan empat tahun pertama.

Panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi, berada di sini kerana dipinjamkan oleh kerajaan China selama 10 tahun sempena 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei.

Ia kini tinggal di sebuah kandang khas yang dibina di Zoo Negara. Sebelum ini dilaporkan pelawat zoo perlu membayar tambahan sebanyak RM20 tambahan untuk melihat panda berkenaan.

Satu laporan dalam The Star juga berkata, Malaysia mempunyai peluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi, selain dapat membangunkan dan melatih pakar-pakar tempatan dalam bidang tersebut.

Dengan nada sini, Mahfuz menegur kerajaan kerana lebih berminat terhadap kebajikan panda daripada ibu tunggal dan janda, kumpulan yang bergantung kepada kerajaan untuk bantuan.

"Kerajaan sedang taksub dengan panda, bukan ‘janda’. Terdapat kira-kira 880,000 ibu tunggal di Malaysia tetapi kerajaan lebih berminat terhadap dua ekor panda itu.”


No comments:

Post a Comment