
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Pada 20 Januari lalu, Anifah berjaya dalam permohonannya di mahkamah Tinggi untuk meminda pernyataan pembelaan beliau dalam kes saman itu.
Pindaan yang dibuat adalah berhubung penambahan isu penawaran wang berjumlah RM100 juta oleh Anwar melalui seorang individu yang dikatakan rapat dengannya sebagai dorongan kepada menteri terbabit untuk lompat parti dan membawa masuk beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi menyertai pembangkang.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Kimanis itu dan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar.
Berikutan keputusan tersebut, Anwar sekali lagi perlu datang ke mahkamah dan memberi keterangannya berhubung dakwaan tawaran wang ringgit tersebut.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.
No comments:
Post a Comment