اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 18, 2015

Ucapan Ku Li terlalu ‘lewat’, kata penganalisis

  OLEH ANISAH SHUKRY

Ucapan mengkritik Putrajaya disampaikan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan Rakyat semalam dianggap sudah terlalu lewat, kata penganalisis politik.

Ucapan mengkritik Putrajaya disampaikan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan Rakyat semalam dianggap sudah terlalu lewat, kata penganalisis politik.

Ucapan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang mengkritik Putrajaya hanya beri sedikit kesan atau tiada langsung terhadap Barisan Nasional (BN) kerana tiada perkara baru dalam kenyataannya dan kerajaan memerintah sudah terlalu biasa dengan cara mereka, kata penganalisis beberapa jam selepas putera Kelantan itu menggesa rakan sekerjanya meletakkan kepentingan rakyat berbanding parti.

Dinamik dalaman Umno akan memastikan ahli Parlimen mereka berterusan menjaga penyokong sendiri terlebih dulu supaya dapat kekal berkuasa, kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

"Ahli politik Umno bimbangkan bukan saja rakyat, tetapi juga politik dalaman parti yang melibatkan mengekalkan atau kenaikan pangkat. Ini menyebabkan perlunya mengekalkan atau menjaga hubungan dalam parti.

"Jadi memandangkan pilihan raya umum masih jauh lagi, kepentingan utama mereka kini mengekalkan rasa puas hati ahli parti, kerana kemungkinan pemilihan parti akan berlaku sebelum pilihan raya umum,” katanya.

Ibrahim berkata, ramai pemimpin dalam Umno terikat dengan pengundi bagi kedudukan sedia ada, jadi mereka tidak terburu-buru membuat apa-apa perubahan besar yang mengganggu status quo.

Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee berkata ucapan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, hanyalah "ucapan Parlimen" dan akan dilayan sebegitu oleh BN dan kerajaan.

"Perubahan (dalam BN) tidak akan berlaku daripada ucapan, tetapi tekanan rakyat. Jadi saya tidak fikir BN atau perdana menteri akan terlalu bimbang," kata penganalisis itu.

"Malah saya yakin perdana menteri dan BN tidak terganggu dengan ucapannya. Saya akan terkejut sekiranya ada ahli Parlimen lain yang akan menyokongnya dan bercakap secara umum,” katanya.

Dr Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik dari institut pemikir Penang Institute juga bersetuju dan menambah tiada ahli Parlimen yang akan berani bersetuju dengan Ku Li kerana mereka dilihat seperti bersedia untuk menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli Umno akan melihatnya sebagai serangan yang dirancang terhadap Najib dan akan mengendahkannya. Jadi saya tidak rasa akan ada perubahan di dalam kerajaan atau tingkah laku ahli Parlimen, tetapi ini mungkin akan menguatkan lagi kritikan rakyat terhadap pentadbiran Najib," katanya.

Membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, ahli Parlimen Gua Musang itu menggesa rakan sejawatnya dalam Dewan Rakyat membuat keputusan sama ada mereka akan ingat kepada sumpah untuk berkhidmat kepada rakyat atau menyerah diri kepada kuasa luar daripada Parlimen dengan meletakkan kepentingan parti terlebih dulu.

Beliau juga menggesa menteri dan ahli Parlimen mengisytiharkan aset mereka untuk mengelak percanggahan konflik kepentingan dan menambah baik pentadbiran, dan mengkritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan.

Namun penganalisis yang ditemu ramah The Malaysian Insider menganggap kata-kata beliau sebagai "terlalu lambat" dan mengatakan Ku Li hanya mengulang kata-kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun menimbulkan isu tersebut tetapi masih gagal.

"Isu yang ditimbulkan tentang GST ialah sesuatu yang orang ramai banyak bincangkan, jadi agak lambat baginya untuk mempersoalkannya," kata Ibrahim.

Lim berkata kerajaan sudah pun membuat keputusan tentang GST dan untuk membatalkannya sekarang hanya kerana ucapan Ku Li, mungkin akan menyebabkan lebih buruk padahnya kepada negara.

"Semuanya terlalu lambat tentang isu yang ditimbulkannya, termasuk kegunaan hasil kutipan GST dan pengisytiharan aset. Pihak pembangkang menimbulkan perkara sama dengan lebih kerap dan kritikal berbanding apa yang dilakukannya di Parlimen,” katanya.

Lim berkata, jika perdana menteri berjaya tidak mengendahkan kritikan kedua-dua PR dan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang GST, kemungkinan baginya untuk memberi perhatian kepada Ku Li adalah terlalu kecil. – 18 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


No comments:

Post a Comment